Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anugerah bagi badan kanak-kanak M'sia ditarik balik dek kaitan dengan Rosmah

Sep 19, 2016 | 02:58 PM



NEW YORK: Penganjur sebuah acara berprofil tinggi yang akan diadakan semasa pertemuan tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membatalkan pada saat-saat akhir anugerah yang mereka telah rancang untuk beri kepada sebuah pertubuhan Malaysia, disebabkan kebimbangan mengenai kaitannya dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.



Acara itu, yang akan diadakan pada Khamis (22 Sept) di Metropolitan Museum of Art di sini, mengiktiraf orang dan kumpulan yang berjuang menentang ekstremisme. Antara penerima anugerah itu pada mulanya ialah Permata, sebuah pertubuhan kanak-kanak Malaysia yang diasaskan beberapa tahun lalu di bawah naungan Datin Seri Rosmah.



Beliau dikenali dengan pembelian barang-barang mewah seperti beg Hermès Birkin.



Satu kenyataan pada Ahad (18 Sep) daripada Tudor Parfitt, seorang sarjana terlibat dalam acara itu, mengesahkan anugerah tersebut telah ditarik balik.



Menurut kenyataan itu, persoalan dibangkitkan mengenai sumber pembiayaan Permata, dan walaupun penganjur acara tersebut tidak menyedari mengenai sembarang salah laku tertentu, mereka tidak mempunyai masa untuk memeriksa pertubuhan itu.



Acara tersebut dihoskan bersama ketua Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), Cik Irina Bokova. Oleh kerana beliau sedang berusaha menjadi setiausaha agung PBB, tindakan beliau juga sedang diteliti dengan rapi.



Walaupun Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak dinamakan, anak Datin Seri Rosmah daripada perkahwinan pertama, pengeluar filem Riza Aziz, disebut dalam tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk merampas aset bernilai AS$1 bilion ($1.37 bilion) yang dikatakan dibeli menggunakan dana yang dipesongkan daripada syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - New York Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >