Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar arah proses keluar masuk pekerja di Tambak Johor dipercepat

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengarahkan proses keluar masuk pekerja Malaysia dan Singapura di Tambak Johor dipercepatkan.



Katanya, langkah itu melibatkan penambahan lorong dan pegawai kastam yang ditugaskan di situ pada awal pagi bagi menjimatkan masa perjalanan pekerja kedua-dua negara.



"Sebelum itu, apa yang boleh kita lakukan, contohnya membuka lebih banyak lorong, kaunter untuk pegawai kastam dan imigresen, untuk mempercepatkannya (proses keluar masuk pekerja Malaysia-Singapura).



"Kalau kita ada 15 (pegawai kastam) sekarang, adakan 30.



"Saya beri arahan segera, lakukan," katanya dalam Majlis Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Singapura kelmarin, lapor media Free Malaysia Today.



Datuk Anwar berkata keputusan itu sudah dipersetujui kedua-dua pemerintah demi memudahkan urusan rakyat dari Malaysia dan Singapura.



Katanya, Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dalam pertemuan mereka awal kelmarin menyuarakan sokongan terhadap cadangannya itu.



"Perbincangan saya dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, beliau menyokong.



"Beliau berkata okay Anwar, tambah lebih ramai pegawai di sana (Johor Bahru), kami akan ambil tindakan yang sama dan lakukannya dengan cepat supaya ia akan lebih mudah buat rakyat Singapura," kata Datuk Anwar.



Ratusan ribu rakyat Malaysia dan Singapura dianggarkan menggunakan sempadan Malaysia-Singapura pada waktu puncak setiap hari sama ada bagi urusan kerja atau keluarga.



Seringkali mereka perlu berhadapan dengan kesesakan disebabkan kekurangan jumlah anggota kastam dan imigresen yang tidak mampu menampung urusan keluar masuk pengguna setiap hari.



Datuk Anwar berkata pemerintah kedua-dua negara perlu berusaha lebih keras untuk memudahkan urusan rakyat kedua-dua negara menyeberangi sempadan.



Semasa pertemuan dengan Encik Lee kelmarin, Datuk Anwar berkata beliau sangat terharu kerana Encik Lee menyentuh perkara itu dan mengambil berat tentang pekerja Malaysia yang terpaksa beratur berjam-jam untuk menyeberang ke Singapura, dengan sebilangan mereka terpaksa bangun pada 4 pagi.



Tambah Datuk Anwar, menjadi hasrat bersama dua pemimpin itu untuk memastikan kemudahan disediakan di kedua-dua belah sempadan bagi memudahkan pergerakan tersebut.



Dalam ucapannya semasa majlis makan tengah hari sempena lawatan Datuk Anwar ke Singapura, Encik Lee pula menarik perhatian bahawa Koswe dan Linkedua adalah antara tempat lintasan sempadan paling sibuk di dunia.



Encik Lee berkata selepas tempoh pandemik, dan sempadan dibuka semula sepenuhnya, rakan dan keluarga di kedua-dua belah Koswe Tambak kini boleh melawat satu sama lain secara bebas, dan perniagaan boleh merancang dan beroperasi dengan lebih mudah.



Tambahnya, apabila Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Singapura-Johor Bahru-Singapura siap pada 2026, perjalanan antara kedua-dua negara akan menjadi lebih mudah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >