Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Dunia

Anwar 'berpeluang' jadi PM tetapi enggan khianat mandat rakyat, kata AP PKR

Mar 04, 2020 | 12:12 PM

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebenarnya berpeluang dilantik sebagai perdana menteri Malaysia jika beliau bersetuju untuk menerima pemimpin Umno yang menghadapi tuduhan rasuah, kata Anggota Parlimen PKR Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.

Bagaimanapun, Datuk Anwar tidak memutuskan sedemikian, kerana beliau enggan mengkhianati mandat rakyat hanya untuk menjadi Perdana Menteri, kata Nik Nazmi.

"Anwar memberitahu kami bahawa beliau mungkin menjadi Perdana Menteri dengan syarat beliau meninggalkan sekutu Pakatan Harapan dan menerima pemimpin Umno yang menghadapi pelbagai tuduhan rasuah.

"Tetapi, beliau enggan mengkhianati mandat rakyat semata-mata untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri," kata Nik Nazmi dalam satu pos Instagram pada Selasa (3 Mac).

Bagaimanapun, kemelut politik itu telah mendedahkan pemimpin yang “benar-benar setia dan siapa yang mengkhianati mandat rakyat”, kata Nik Nazmi.

“Rakyat tidak akan lupa,” tambahnya.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian