Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar 'berpuas hati' dengan pertemuan bersama Mahathir

Feb 24, 2020 | 06:15 PM



PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berpuas hati dengan hasil pertemuannya bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin (24 Februari).


Datuk Anwar, yang tiba di ibu pejabat PKR selepas menemui Perdana Menteri itu di kediamannya di The Mines, berkata mereka membincangkan beberapa isu bersama, lapor The New Straits Times.


"Ia mesyuarat yang sangat baik. Saya berpuas hati dengan pendiriannya bahawa kita harus mengutamakan prinsip kita dan agenda reformasi mesti diteruskan. Itu sajalah yang boleh saya katakan sekarang," kata Datuk Anwar yang enggan mengulas lanjut.


Anggota Parlimen Port Dickson itu tiba di Petaling Jaya untuk menghadiri mesyuarat majlis kepimpinan khas parti itu dengan Timbalan Perdana Menteri dan pengerusi majlis penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Mereka disambut oleh penyokong yang berulang kali melaungkan 'Reformasi!'


Ditanya sama ada akan terdapat sebarang perubahan dalam kerajaan, Datuk Anwar berkata mandat yang diamanahkan kepada mereka pada pilihan raya umum yang lalu tidak boleh diambil ringan.


Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sama ada Dr Mahathir akan membuat sebarang perubahan kepada kerajaan.


"Kita tidak boleh tunduk (kepada tuntutan) kumpulan yang mahu mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.


"Saya tersentuh dengan sikap dan pendirian (Dr Mahathir) bahawa beliau tidak akan tunduk kepada kumpulan yang ingin merampas kuasa tanpa menetapkan agenda bagi perubahan," kata Datuk Anwar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >