Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Anwar buat lawatan sehari ke Kemboja perkukuh kerjasama

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



PHNOM PENH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Kemboja Isnin untuk lawatan rasmi sehari bagi memperkukuh lagi hubungan dan kerjasama dua hala yang terjalin antara Malaysia dengan negara itu sejak 1957.



Lawatan rasmi dan sulung Datuk Anwar ke negara itu adalah atas undangan Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen.



Pertemuan itu memberi peluang kepada Datuk Anwar mengutarakan serta membincangkan isu-isu dan kerjasama dua hala yang berkepentingan bersama dengan Encik Hun Sen.



Semasa tiba, Datuk Anwar dibawa ke Peace Palace yang merupakan pejabat rasmi Perdana Menteri Kemboja untuk diberikan sambutan rasmi dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, diikuti acara lintas hormat diiringi Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.



Datuk Anwar dan Encik Hun Sen kemudian mengadakan pertemuan dua hala bagi membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa disusuli sidang media bersama memaklumkan hasil perbincangan sebelum menyaksikan pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan Kemboja.



MoU itu adalah mengenai Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang Pekerja Kemboja Bagi Sektor Domestik serta Pengambilan, Penggajian dan Penghantaran Pulang Pekerja Kemboja Bagi Sektor Formal yang akan memperkasakan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam sektor perburuhan.



Selepas itu, Anwar akan menghadap Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni, di Istana Diraja Kemboja.



Rangka program rasmi yang diatur oleh kerajaan Kemboja, melihat Datuk Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat Kemboja, Encik Say Chhum dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja, Encik Heng Samrin sebelum bertemu kira-kira 300 rakyat Malaysia di negara itu di Kedutaan Malaysia.



Dalam jadual yang padat itu, Datuk Anwar juga menghadiri majlis iftar khas yang dihoskan oleh Hun Sen bersama-sama golongan ilmuwan dan masyarakat Islam di Kemboja dengan kehadiran kira-kira 6,000 orang di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Chroy Changvar, di sini.



Pada majlis itu, Datuk Anwar menyaksikan simbolik penyerahan 1,500 naskhah terjemahan Al-Quran dalam bahasa Khmer dan bahasa Inggeris dari Malaysia kepada masyarakat Islam di Kemboja dan mengerjakan solat tarawih di Masjid Al-Serkal di sini sebelum berlepas pulang ke tanah air.



Pada 2022, Kemboja merupakan rakan dagangan ke-58 terbesar Malaysia dan kelapan terbesar dalam Asean dengan nilai dagangan AS$683.6 juta ($911.5 juta) , peningkatan sebanyak 20.8 peratus berbanding yang dicatat pada tahun sebelumnya.



Nilai eksport ke Kemboja pula meningkat sebanyak 15.3 peratus kepada AS$526.5 juta manakala import dari Kemboja merekodkan peningkatan 43.5 peratus kepada US$157.1 juta berbanding tahun sebelumnya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >