Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar dakwa miliki majoriti Parlimen, minta Agong balikkan perintah darurat

Jan 20, 2021 | 10:25 PM




KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim mendakwa pada Rabu (20 Jan) bahawa majoriti Ahli Parlimen (AP) telah meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membalikkan perkenan diraja bagi perintah darurat tujuh bulan yang bermula minggu lalu.




Dalam satu sidang media maya, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata sepucuk surat telah dihantar ke Istana pada Selasa yang turut meminta agar Sultan Abdullah Ahmad Shah mengadakan persidangan khas Parlimen untuk segera membincangkan pandemik Covid-19 yang telah melanda sistem penjagaan kesihatan.



"Bilangan anggota Parlimen yang telah menulis surat kepada Agong telah melebihi majoriti," katanya.



"Bukan untuk membantah, tetapi untuk memohon kebijaksanaannya untuk melihat semula alasan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri untuk perintah darurat itu."



Sultan Abdullah pada 11 Januari lalu memperkenankan permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi perintah darurat yang kerajaan kata adalah diperlukan untuk memerangi jangkitan yang mencatat purata hampir 3,000 kes baru sehari tahun ini.



Namun, pengkritik mempersoalkan perlunya tindakan drastik seperti itu, memandangkan sekatan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang berterusan yang bermula pada 13 Januari cukup untuk membawa kes harian ke satu angka.



Mereka menuduh Tan Sri Muhyiddin berpaut pada kuasa melalui perintah darurat, setelah kehilangan majoriti Parlimennya selepas dua AP Umno menarik sokongan bagi kerajaan Perikatan Nasional (PN), meninggalkannya dengan sokongan hanya 109 daripada 220 ahli parlimen.



"Saya percaya ini adalah alasan sebenar (untuk perintah darurat), iaitu kerajaan tidak stabil, kedudukan beliau tidak dapat dipertahankan lagi, beliau telah kehilangan sokongan majoriti. Penentangan terhadap pengumuman Pengisytiharan Darurat dan seruan bagi sesi Parlimen tergempar adalah bukti bahawa majoriti bersama pembangkang," kata Datuk Seri Anwar, yang berulang kali dalam beberapa bulan terakhir mendakwa mempunyai majoriti Parlimen.




 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >