Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anwar dijangka temui Mahathir hari ini; akui telah dikhianati

Feb 24, 2020 | 10:34 AM
Datuk Anwar Ibrahim menemui beberapa pemimpin parti gabungan setelah mengakui bahawa beliau dikhianati. Foto EPA-EFE
Datuk Anwar Ibrahim menemui beberapa pemimpin parti gabungan setelah mengakui bahawa beliau dikhianati. Foto EPA-EFE -

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka akan bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pagi ini (24 Februari) ekoran perkembangan baru yang mungkin mengubah semula landskap politik Malaysia. "Anwar akan berjumpa Mahathir di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, menjelang 9.30 pagi," kata seorang pemimpin PKR kepada Malaysiakini hari ini. Datuk Anwar juga dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada Isnin. Pada malam Ahad (23 Feb), Datuk Anwar, yang mengakui bahawa beliau dikhianati Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta satu golongan dalam partinya sendiri, telah menemui beberapa pemimpin parti gabungan itu lapor The Star. Setiausaha politik beliau, Encik Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berkata mesyuarat tertutup itu yang melibatkan pemimpin-pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara diadakan di satu tempat yang tidak didedahkan kepada orang ramai dan ia bermula pada 11 malam. Sementara itu, Encik Farash mengatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan hadir bersama Datuk Anwar sewaktu pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong pada Isnin (24 Feb), 2.30 petang. - Agensi Berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg