Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar dinasihat usah peduli kritikan Mahathir

Dec 28, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Ahli politik, penganalisis serta netizen menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya tidak mengendahkan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa beliau tidak yakin dengan kemampuan Datuk Anwar untuk memimpin.



Sebaliknya mereka menganggap Datuk Anwar dikenali sebagai pemimpin berprestasi tinggi yang pernah menguruskan kewangan dan ekonomi Malaysia sehingga Malaysia mengalami lebihan bajet, iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan negara.



Dalam surat kepada Malaysiakini, pembaca portal tersebut yang menamakan dirinya Encik P Ramakrishnan berkata:



"Untuk kebaikannya sendiri, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sepatutnya lenyap dari politik Malaysia.



"Semakin banyak dia mengulas tentang politik, semakin dia meninggalkan kita tanpa keraguan bahawa dia telah menjadi tidak relevan dengan hal ehwal negara Malaysia.



"Siapa yang benar-benar peduli sama ada beliau mempunyai sebarang keyakinan terhadap Anwar? Perdana menteri tidak dipilih atas dasar keyakinan Mahathir. Dia dipilih atas meritnya sendiri dan disahkan oleh Parlimen."



Beliau memberikan respons sedemikian sebagai menjawab kenyataan Dr Mahatir dalam temuramah dengan Berita Harian Malaysia yang khuatir dengan kemampuan Datuk Anwar menghasilkan strategi dan kaedah terbaik untuk keluar daripada krisis ekonomi.



Dalam surat kepada Free Malaysia Today (FMT) pula, pembaca yang menamakan dirinya Encik Amar Ramachandran pula mahu pembohongan Mahathir mengenai strategi Datuk Anwar tidak membawa kesan dalam mengatasi masalah ekonomi, ditolak.



Bagi beliau, Dr Mahathir telah memperkenalkan dasar perkauman, nepotisme dan autoritarianisme.



Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Nazri Aziz, pula berkata pendapat Dr Mahathir "tidak penting", berdasarkan prestasinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.



"Beliau bukan sahaja kalah di Langkawi malah kehilangan deposit bersama ahli parti lain (Pejuang) yang dipimpinnya," kata Datuk Nazri.



Beliau berkata, ini bermakna Dr Mahathir tidak lagi "dihormati" rakyat, jadi Datuk Anwar harus diberi peluang untuk memimpin negara.



Dr Mahathir sebelum ini melahirkan rasa khuatir dengan kemampuan Datuk Anwar yang terbukti berdasarkan prestasinya ketika berada dalam kerajaan lebih 20 tahun lalu dan mendakwa bekas timbalannya dalam Kabinet ketika itu tidak dapat menangani masalah ketika menjadi pemangku Perdana Menteri pada 1997.



Selain itu, beliau mendakwa Datuk Anwar yang juga selaku Menteri Kewangan ketika itu, gagal mencari jalan penyelesaian apabila krisis kewangan melanda dan lebih rela mengikut pendapat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, yang berisiko menyebabkan Malaysia muflis.



Beliau berkata demikian ketika ditanya pandangannya sama ada Datuk Anwar memiliki keupayaan untuk memimpin Malaysia yang bakal berdepan cabaran kemelesetan ekonomi yang diramal melanda dunia tahun depan.



Bekas Ahli Parlimen Klang, Encik Charles Santiago, berkata kepada FMT pandangan negatif Dr Mahathir terhadap Anwar adalah "sesuatu yang konsisten" dan tidak harus diambil serius.



Penganalisis politik, Profesor Dr Azmi Hassan, berkata Datuk Anwar "jauh ke hadapan" berbanding perdana menteri terdahulu, seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



Beliau memetik tempoh dua minggu yang diberikan Datuk Anwar bagi kementerian dan agensi menganalisis dan membincangkan subsidi yang disasarkan kepada rakyat, sejurus selepas pelantikannya sebagai perdana menteri.



"Anwar tegas dalam apa yang beliau mahu dan apa yang perlu dilakukan. Beliau berada di tempat duduk pemandu dan semua kementerian hanya menunggu arahannya," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >