Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar gagal panggil semula pegawai penyiasat

Feb 12, 2014 | 08:48 PM



PUTRAJAYA: Bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat Superintenden Judy Blacious Pereira bagi memberi keterangan dalam kes liwatnya.


Hakim Datuk Aziah Ali, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan itu selepas memutuskan Anwar gagal memenuhi syarat Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 berhubung keterangan tambahan.


Datuk Aziah berkata, Anwar gagal menyatakan dengan jelas untuk mengenal pasti keterangan yang dimintanya untuk memanggil semula Pereira.


Beliau berkata kewibawaan Encik Pereira, yang telah bersara, dicabar oleh pasukan pendakwaan semasa perbicaraan kes liwat.


Bagaimanapun, Datuk Aziah membenarkan prosiding ditangguhkan sementara menunggu rayuan atas permohonan peguam utama Anwar, Karpal Singh.


Sebaik mendengar penghujahan kedua belah pihak mengenai usaha itu, Datuk Aziah melahirkan kebimbangan "dengan penangguhan berterusan (dalam mendengar kesesuaian merit rayuan)," katanya.


"Kami sedar mahkamah perlu adil dan dilihat sebagai adil dan kami tidak mahu menyekat peluang Anwar jika ada sebarang hak untuk merayu," ujarnya lagi ketika membenarkan permohonan itu.


Pasukan pendakwa raya yang diketuai, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, beliau akan memohon dengan Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan tarikh awal memandangkan perkara itu terlalu lama dilengah-lengahkan.


Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar, 66, daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, semasa membebaskan Anwar, memutuskan bahawa terdapat penembusan zakar tetapi tidak disokong keterangan lain.


Datuk Aziah menetapkan 28 Februari ini untuk pengurusan kes bagi rayuan itu. - BHM, The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >