Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:40
Maghrib
7:22
Isyak
8:33

Anwar gesa semua pihak lapor keadaan sebenar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Anwar gesa semua pihak lapor keadaan sebenar

Nov 28, 2022 | 05:30 AM

KAJANG: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya mengemukakan laporan tepat berhubung situasi semasa negara yang disediakan mereka dan mengelak memberikan gambaran tidak benar berhubung sesuatu perihal .

Perdana Menteri berkata, ia bagi mengelakkan rakyat menjadi mangsa bagi laporan tidak tepat diketengahkan pihak berkaitan, menyebabkan mereka terdedah kepada pelbagai kemungkinan yang akan menjejaskan kelangsungan kehidupan masing-masing.

Beliau mengetengahkan hikayat pembesar diberikan laporan kurang tepat berhubung situasi semasa dihadapi rakyat di sebuah kawasan, berkata masyarakat di situ menjadi miskin dan papa kedana selepas diserang lanun.

"Ada pembesar ketika itu, tanya bagaimana keadaan sekarang dan bawahannya menjelaskan sesungguhnya kami ini, nelayan dan petani, semuanya dalam keadaan baik dan masing-masing mempunyai harta mencukupi. Kemudian, lanun menyerang kampung dan rakyat miskin dan dipapakedanakan.

"Sebab itu laporan perlulah benar. Saya, dalam pertemuan pertama dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, baru-baru ini, saya jelaskan tidak mahukan laporan 'indah'.

"Ini kerana saya mahu beri tahu (kepada rakyat) dan tidak mahu bertolak ansur, kalau tiada, buat cara tidak ada. Kita beritahu rakyat, minta ampun dan maaf kepada rakyat, tidak ada. Namun, kalau kita umpamanya bersekongkol dengan pihak berkepentingan pastinya kesudahan akan berlainan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Solat Hajat, Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat di Masjid Ashabus Solihin dekat sini, malam kelmarin.

Yang turut hadir isterinya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Sementara itu, Anwar beriltizam menjadi pemimpin Melayu dan Islam yang mengikut budaya Melayu tulen dan semangat Islam sebenar untuk melaksanakan keadilan berlandaskan Islam.

Ini kerana, katanya, masyarakat tidak akan menghormati mana-mana pemimpin Melayu dan Islam jika memiliki ciri tamak dan zalim kepada masyarakat.

"Jadi bila bukan Islam tengok...rupanya ada pemimpin Melayu dan Islam yang bukan kaki curi harta. Insya-Allah saya akan laksanakan tugas sebaiknya," katanya yang juga Presiden PKR merangkap Pengerusi Pakatan Harapan. - BHM

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3