KUALA LUMPUR: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan desas-desus bahawa rombakan Kabinet akan dilakukan selepas sambutan Tahun Baru Cina sebagai isu yang sengaja dihangatkan pihak tertentu bagi menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata perkara tersebut juga sudah dinafikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, lapor agensi berita nasional Bernama.