Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar menang jawatan Presiden PKR tanpa bertanding

Aug 05, 2018 | 03:29 PM



PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali gus mengambil alih jawatan tersebut daripada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang tidak mempertahankan jawatan tersebut.



Sehingga penerimaan borang pencalonan ditutup pada 5 petang Ahad, hanya Datuk Anwar mengemukakan borang pencalonan sebagai Presiden PKR, lapor Utusan Online Ahad.



Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali, yang sebelum ini dijangka akan mencabar jawatan Presiden, memilih mempertahankan jawatan Timbalan Presiden sekali gus seperti membuktikan beliau setia kepada kepimpinan Datuk Anwar.



Perhatian kini tertumpu pada persaingan antara Datuk Seri Mohamed Azmin, Menteri Ehwal Ekonomi,  dan pencabarnya, Rafizi Ramli, bekas naib presiden PKR yang dilihat sebagai sekutu Datuk Seri Anwar.



Anak Datuk Seri Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, Cik Nurul Izzah Anwar, memfailkan pencalonan mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden PKR.



Pencalonan yang ditutup pada Ahad petang adalah bagi jawatan utama kepimpinan parti, termasuk presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 tempat dalam majlis kepimpinan pusat.



Sementara itu 10 calon menyerahkan borang bagi bertanding jawatan Naib Presiden iaitu Encik William Leong, Encik Micheal Tamil, Cik Nurul Izzah, Encik Xavier Jayakumar, Encik Tian Chua, Datuk Johari Abdul, Encik Kesavan Subramaniam, Profesor Datuk Dr G. Balasubramaniam, Cik Zuraida Kamaruddin dan Encik Shamsul Iskandar Mohd Akin.



Pemilihan parti PKR akan berlangsung selama sembilan minggu bermula September. – Agensi berita.



Lebih 900,000 anggota PKR layak mengundi dalam pemilihan parti melalui sistem pengundian elektronik. – The Star, BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >