Anwar Ibrahim gesa PH terima pelantikan perdana menteri baru M’sia, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Anwar Ibrahim gesa PH terima pelantikan perdana menteri baru M’sia

Aug 21, 2021 | 03:42 PM

KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menggesa pemimpin, anggota dan penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk menerima keputusan Yang di-Pertuan Agong Malaysia untuk melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jumaat (20 Ogos), Datuk Anwar mengatakan keputusan itu selaras dengan Perlembagaan, konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
“Bagi pembangkang, inilah cabaran bagi kita bekerja lebih keras untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 yang akan datang. Marilah kita berdoa dan berusaha untuk memastikan wabak Covid-19 dan ekonomi negara dapat ditangani demi rakyat,” katanya.
“Kepada semua pemimpin, anggota dan penyokong, kami menggesa semuanya untuk menerima keputusan itu dengan tekad yang jelas supaya kita bekerja lebih keras untuk menghadapi pilihan raya umum, sehingga kita sekali lagi dapat memenangi mandat rakyat yang kita terima pada pilihan raya  lalu.”
Pemimpin Barisan Nasional (BN) juga telah mengucapkan tahniah kepada Datuk Ismail Sabri atas pelantikannya, dengan Timbalan Presiden Kongres India Malaysia (MIC)  M. Saravanan melahirkan keyakinan bahawa Datuk Ismail Sabri akan terus mencegah negara itu daripada kemusnahan wabak Covid-19.
 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map