Anwar Ibrahim: Kekalahan di Semenyih mesej jelas rakyat

PORT DICKSON: Pakatan Harapan (PH) tidak dapat mempertahankan kedudukannya di Semenyih kerana masih belum menjalankan program-program yang telah dijanjikan, menurut presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Katanya, dengan masa yang cukup, orang ramai akan memahami kenapa ia mengambil masa yang lama bagi pentadbiran Pakatan untuk menjalankan program tersebut. 

“Rakyat juga akan memahami mengapa kita terpaksa melakukan beberapa langkah lain serta batasan yang kami hadapi dalam menjalankan beberapa program ini,” kata Datuk Seri Anwar di rumah terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan pada Sabtu, 2 Mac. 

Katanya, walaupun Pakatan kalah di Semenyih, kededua kerajaan Selangor dan Persekutuan masih di bawah kawalannya. 

“Keputusan ini menunjukkan kepada kita sentimen rakyat, terutama sekali masyarakat Melayu,” katanya. 

“Kita harus mempertimbangkan perkara ini tapi sementara kita harus sentiasa mengekalkan semangat Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak-hak orang Melayu dan Islam, kita harus juga memastikan keperluan kaum lain sentiasa dipelihara.” 

Datuk Seri Anwar berkata keputusan di Semenyih menunjukkan bahawa Pakatan harus segera meneliti masalah yang dihadapi rakyat. 

Waktu Solat

Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:15
Isyak
8:24
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.