Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar: Individu terlibat dalam rasuah akan dipecat serta-merta

Dec 12, 2022 | 04:21 PM



PUTRAJAYA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi menegaskan beliau menekankan tatalaku yang baik dalam kerajaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah.


Tegasnya, peringatan itu disampaikan kepada semua Jemaah Menterinya baru-baru ini dan sekiranya wujud rasuah dalam pentadbirannya, beliau akan memecat individu terlibat dengan serta-merta.


“Saya kata no corruption (tidak pada rasuah). Saya bercakap dengan Ketua Parti komponen… kalau ada (rasuah) semasa pentadbiran saya, saya minta mereka dipecat serta-merta. Saya tidak akan tolak ansur.


“Ini bukan kenyataan politik, ini keyakinan saya. Saya dihumban ke penjara, dipukul setengah mati, dah lama terseksa… bukan untuk mendabik dada, menang dan menjadi Perdana Menteri.


“Tapi ini semua ujian Allah. Saya selalu sebut, kita hanya terima ujian kecil tapi untuk mengajar kita, mendewasakan kita. Ya, ujiannya kecil tapi ada pengajarannya.


“Apa pengajarannya? Kita tahu apa erti susah. Kita tahu apa erti sakit dipukul badan kita padahal kita tak bersalah. Kita tahu bagaimana kegiatan pasukan keselamatan, pendakwaan dan hakim sekiranya tidak patuh pada keluhuran Perlembagaan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertemuan mahabbah bersama ulama dan asatizah di Kompleks Seri Perdana, pada Ahad (11 Dis).


Tambah Datuk Anwar, beliau berpandangan politik bukan kesempatan untuk membina kekayaan, menunjukkan kehebatan dan keangkuhan serta mengkayakan sanak saudara.


Tegasnya, disebabkan sistem yang diamalkan sebelum ini menyebabkan rakyat berasa sinis dan mempertikai akhlak serta kewibawaan pimpinan.


“Begitu juga kebebasan profesionalisme badan-badan penguatkuasaan, saya sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka memberi gesaan yang sama.


“Saya mahu buktikan ada orang Melayu, anak Melayu yang menggunakan kuasanya untuk menjaga dan membela nasib rakyat di negara ini.


“Saya mahu buktikan bahawa orang yang percaya kepada Islam itu akan dihormati dan diyakini kerana prinsip rahmah dan keadilan yang ditegakkannya,” katanya.


Katanya lagi, beliau juga tidak memberi jaminan kepada sesiapa untuk terlepas daripada hukuman sekiranya ia telah diputuskan oleh hakim yang bebas dan adil.

Terdahulu, Datuk Anwar menegaskan kerajaan akan terus konsisten dengan usaha memerangi rasuah di negara ini. - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >