Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar jadi 'ejen Israel'? AP PAS dituntut nafi dakwaan, mohon maaf

Dec 01, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mengeluarkan surat menuntut anggota parlimen (AP) Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi kawasan undi Baling, Encik Hassan Saad, sama ada menafikan penglibatan seperti yang difitnahkan dalam rakaman percakapan kononnya Datuk Anwar sebagai "ejen Israel".



Encik Hassan juga dituntut supaya memuatkan penafiannya di halaman Twitter, atau meminta maaf.



Jika tidak, beliau akan didakwa atas tuduhan menyebarkan fitnah.



Dalam surat tuntutan undang-undang lapan muka surat itu, yang dikeluarkan melalui peguam Datuk Anwar, disebutkan bahawa pada 27 November, Encik Hassan telah menerbitkan atau memuatkan rakaman percakapan di halaman Twitter melalui akaun 'Mohd Ropi Mat Sin'.



Peguam Datuk Anwar juga berkata, rakaman suara itu kemudian dikongsi oleh pengguna Twitter 'Pemikir Malaysia', dan telah diikuti 431,000 kali serta dikongsi 3,300 kali yang kemudian disiarkan 1,400 kali sehingga kelmarin.



Menurut para peguam itu lagi, rakaman suara itu dikaitkan dengan Encik Hassan, berdasarkan kepada foto yang digunakan sebagai latarbelakang halaman tersebut.



Encik Hassan dituntut supaya menafikan sebarang kaitannya dengan dakwaan tersebut.



Jika Encik Hassan menafikan sebarang kaitannya dengan rakaman suara itu, para peguam berkata, Datuk Anwar menuntut supaya Encik Hassan menyatakan langkah-langkah tindakannya, termasuk mengumumkan dan membuat pengakuan bertulis kepada Datuk Anwar, atau para peguam beliau, dengan mengatakan yang (Encik Hassan) tidak membuat pernyataan tersebut atau menyebarkan kata-kata memfitnah dalam rakaman itu.



Para peguam Datuk Anwar berkata, Encik Hassan akan disifatkan sebagai mengaku penglibatannya dalam rakaman suara itu jika beliau tidak menafikannya dalam tempoh tiga hari daripada tarikh beliau menerima surat tuntutan itu.



Ini bermakna, tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.



Datuk Anwar juga menuntut supaya Encik Hassan segera dan secara terbuka menarik balik rakaman suara yang mengandungi fitnah itu, tanpa syarat, serta meminta maaf sesungguhnya dengan menerbitkan permintaan maaf itu di akhbar-akhbar dan media sosial yang akan ditentukan oleh Datuk Anwar.



Encik Hassan juga dituntut supaya membuat pengakuan, tidak akan mengulangi dakwaannya, seperti yang terkandung dalam rakaman suara tersebut.



Para peguam Datuk Anwar berkata, jika Encik Hassan gagal berbuat demikian, satu perintah sekatan akan diminta dikeluarkan oleh mahkamah, dan meneruskan tindakan undang-undang terhadapnya.



Perdana Menteri Malaysia yang baru itu juga menuntut pampasan atas tindakan yang merosakkan reputasinya, serta kos guaman yang harus ditanggung oleh Encik Hassan.



Sementara itu, Encik Hassan semalam, melalui laman Facebook telah menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dengan edaran rakaman suara tersebut.



"... penyebaran video dengan suara latar seorang wanita itu membuatkan ada yang mempercayainya walaupun jelas ia bukanlah kenyataan atau suara milik saya.



"Justeru saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan seperti mana didakwa dan ditularkan dalam video berkenaan" jelas Encik Hassan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >