KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.
Datuk Seri Anwar berkata beliau menghargai kesudian mantan Perdana Menteri itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya berkaitan pelbagai isu semasa.
"Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Beliau turut memuat naik sekeping foto yang diambil semasa pertemuan mereka berdua.
Datuk Seri Ismail adalah Naib Presiden Umno.
Datuk Seri Anwar, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada 24 November selepas Pilihan Raya Umum ke-15. (PRU15). - Agensi berita.