Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Anwar kurangkan peruntukan pembangunan bagi AP

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



PORT DICKSON: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memutuskan untuk mengurangkan peruntukan pembangunan bagi Ahli Parlimen (AP) mulai tahun ini, dalam usahanya mengawal kewangan negara.



Menurut laporan Berita Harian Malaysia (BHM) kelmarin, peruntukan kawasan bagi untuk AP penyokong kerajaan untuk tahun ini dikurangkan lebih 65 peratus - daripada RM3.8 juta ($1.18 juta) kepada RM1.3 juta sahaja.



Mengulas, Datuk Seri Anwar berkata, keputusan itu diambil berikutan beliau sangat tegas dalam isu tatakelola, rasuah dan salah guna kuasa.



Peruntukan itu, jelas PM Anwar, akan diselaraskan dengan pejabat daerah dan pegawai kemajuan negeri dan disalurkan secara berperingkat dan mengikut keperluan.



Katanya, ia termasuk untuk projek yang mendesak seperti pembaikan jalan yang rosak dan mendalamkan sungai.



"Peruntukan pembangunan akan diberi secara berperingkat ekoran kekangan ekonomi.



Ada permohonan untuk melihat semula perkara ini, tetapi untuk projek yang mendesak, surau rosak, jalan atau beberapa isu seperti mengorek sungai dan hal yang penting, kita boleh pertimbangkan," katanya.



Datuk Anwar menegaskan, jumlah peruntukan itu akan dinilai semula apabila keadaan ekonomi dan kewangan negara bertambah baik pada masa akan datang.



AP pembangkang dalam pada itu tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mengurangkan peruntukan pembangunan kerana berasa ia boleh menjejas perancangan pembangunan dan kemajuan rakyat serta kawasan terbabit.



AP Hulu Terengganu daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Rosol Wahid, menyifatkan langkah itu yang menjadikan kekangan ekonomi sebagai alasan, "tidak boleh diterima". - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >