PORT DICKSON: Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menang selesa dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson semalam, sekali gus membuka laluan bagi beliau kembali ke Parlimen Malaysia dan memenuhi rancangan menjadikan beliau perdana menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Port Dickson Khairy Maamor malam tadi mengumumkan bahawa bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memperoleh majoriti 23,560 undi meskipun jumlah penduduk yang keluar mengundi tidak memenuhi jangkaan, lapor Berita Harian Malaysia.