Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar: Pakatan Harapan sedia terima Bersatu

May 05, 2020 | 08:00 PM



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata gagasan Pakatan Harapan (PH) bersikap terbuka jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhasrat untuk menyertai gabungan itu semula. Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar mengingatkan Bersatu perlu patuh kepada agenda perubahan termasuk reformasi yang dipelopori PH, lapor Malaysiakini. 



“Itu keputusan yang harus dibuat Bersatu. Ada dua Bersatu sekarang, keputusan harus dibuat sebagai satu parti dan PH mengambil sikap terbuka. 



"Tapi harus patuh kepada agenda perubahan termasuk reformasi yang dipelopori dalam PH, termasuk sistem menolak sistem korup dan kita tidak mahu mengulangi kesilapan-kesilapan yang lalu,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini.



Datuk Seri Anwar berkata demikian mengulas kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kelmarin yang menggesa Bersatu untuk bersama Pakatan Harapan sekali lagi.



Datuk Seri Mukhriz dalam kenyataannya sebelum ini berkata, peluang terbaik Bersatu adalah bersama PH kerana parti itu perlu bersaing merebut sokongan pengundi Melayu, sama seperti Umno dan PAS pada pilihan raya umum akan datang.



PH merupakan gagasan yang kini menggabung tiga parti: PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP),  selepas pengunduran Bersatu.



Kerajaan sekarang ini merupakan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang secara amnya menggabungkan Bersatu, Umno, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >