Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ANWAR DIPENJARA ATAS KESALAHAN MELIWAT

Anwar tak akan diberi layanan ‘lima bintang’

Feb 12, 2015 | 06:04 AM



PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tidak membenarkan Jabatan Penjara memberi sebarang layanan istimewa kepada Anwar Ibrahim sepanjang tempoh lima tahun beliau menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.


Datuk Wan Junaidi berkata sekiranya Jabatan Penjara memberi layanan istimewa kepada ketua pembangkang itu, maka jabatan terbabit tidak berlaku adil kepada semua banduan.


“Kita tidak boleh beri layanan “lima bintang” kepada bekas orang kenamaan atau jutawan yang dipenjara selepas disabitkan kesalahan, manakala pengemis pula dalam keadaan teruk.


“Semua pihak yang didapati bersalah oleh mahkamah mendapat layanan yang sama daripada Jabatan Penjara (sesuai dengan status banduan).


“Bagaimanapun, Jabatan Penjara boleh memberi kemudahan (berlainan) kepada penghuni penjara atas sebab tertentu, seperti isu perubatan,” katanya.


Katanya, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zukifli Omar, boleh pertimbangkan kemudahan tertentu sekiranya banduan berdepan dengan masalah kesihatan dan beliau akan membuat keputusan berdasarkan laporan kesihatan yang diterima.


“Buat masa ini, tiada keputusan Anwar akan menerima sebarang layanan istimewa,” katanya.


Pada masa yang sama, beliau memberitahu bahawa anggota keluarga Anwar dibenarkan melawat ketua umum PKR itu pada hari dan waktu yang ditetapkan Jabatan Penjara.


“Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bulan Sabit Merah Malaysia juga boleh memohon melawat Anwar. Ada peraturan yang perlu dipatuhi semua pelawat,” katanya.


Anwar disabitkan kesalahan dalam rayuan kes Liwat II dan Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman lima tahun penjara sebagaimana ditetapkan Mahkamah Rayuan.


Mahkamah juga mengetepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan daripada yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini, pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan.


Sebelum hukuman dijatuhkan, Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah dengan menuduh mereka “tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan pembunuhan sistem kehakiman”. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >