Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Anwar tepis kemungkinan kerjasama dengan Mahathir

Tegaskan sudah berpuluh kali adakan pertemuan dengan Dr M
Oct 24, 2022 | 05:30 AM



BAYAN LEPAS (Pulau Pinang): Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PH tidak pernah bersetuju menjalin kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sekadar kesediaan untuk berbincang, terutama hal prinsip.



"Bila kerjasama (dengan Dr Mahathir)? Siapa kata? Saya kata nak bincang, sesiapa pun boleh bincang. Kalau diperlukan hari ini saya ada di Pulau Pinang, esok di Sabah, lusa di Sarawak. Lebih baik kita menemui rakyat dalam keadaan sekarang," kata Pengerusi PH itu.



Presiden PKR itu yang ditemui media selepas Majlis Makan Malam PKR Pulau Pinang kelmarin, menjelaskan cadangan pertemuan membabitkan beliau dan Dr Mahathir seolah-olah perkara baru, sedangkan sudah banyak perjumpaan diadakan sebelum ini.



"Usul-usul hendak adakan pertemuan itu seolah-olah belum ada pertemuan, (sedangkan) berpuluh kali sudah ada pertemuan sebelum ini.



"Sebab itu saya lebih merujuk kepada dasar apakah benar kita tolak rasuah. Bukan nak menolak Umno saja, tetapi menolak sistem yang mendukung dan merestui rasuah, kezaliman, penghinaan orang serta kaum," katanya.



Katanya, fokus dan tumpuan PH kini adalah untuk memasuki PRU15 dengan menawarkan khidmat kepada rakyat, bukan sekadar menolak pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).



"Lebih baik kita tumpu masalah dihadapi rakyat dan tawaran rakyat ini bukan percaturan peribadi. Saya lebih cenderung untuk melihat pilihan raya ini berdasrkan program dan tawaran kepada rakyat," katanya.



Kelmarin, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja GTA dan Penasihat Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), menyatakan kesediaan bertemu Anwar bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi PRU15.



Mantan Perdana Menteri itu turut melahirkan keyakinan GTA mempunyai matlamat yang sama dengan Datuk Anwar dalam mengetepikan BN, malah sedia mengambil langkah pertama ke arah kerjasama itu.



Ditanya sama ada Parlimen Tambun di Perak bukan masalah besar buat dirinya, Presiden PKR menegaskan beliau tiada masa untuk menjawab kecaman peribadi yang telah dilemparkan terhadapnya oleh pelbagai pihak.



Menurutnya, beliau bertanding dalam mana-mana pilihan raya dengan rasa keinsafan memandangkan rakyat mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan.



"Saya akan berikhtiar menemui mereka (rakyat) dan menjelaskan mengapa saya memilih Tambun. Saya tidak ada sikap untuk mengatakan atau mengandaikan saya mempunyai kekuatan atau tidak di sana," katanya.



Dalam pada itu, Dr Mahathir mendakwa keadaan politik Malaysia berubah menjadi tidak stabil berikutan kerajaan yang lemah dan tidak cekap.



Beliau yang dua kali menjadi Perdana Menteri, termasuk selama 22 bulan selepas PH menang PRU14, keadaan kewangan negara juga merosot disebabkan faktor itu.



"Politik Malaysia menjadi tidak stabil dengan kerajaan-kerajaan yang lemah yang tidak cekap. Prestasi Malaysia merosot teruk dan kewangan Malaysia tertekan kerana bayaran hutang yang bertimbun," dakwanya dalam satu kenyataan, semalam.



Dr Mahathir yang juga penasihat Pejuang, berkata sebelum keadaan berubah, Malaysia berada di landasan menjadi sebuah negara maju. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >