Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar tidak nafi PH mungkin berkuasa semula pada Mei

Mar 13, 2020 | 09:33 PM



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada Jumaat (13 Mac) bahawa beliau tidak menafikan kemungkinan Pakatan Harapan (PH) akan berkuasa semula pada Mei nanti.



Beliau berkata demikian sambil menentang pendapat bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Anggota Parlimen (AP) yang menyokong beliau telah mengkhianatinya untuk mendapatkan "gula-gula," lapor The Straits Times.



Datuk Anwar, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), merupakan antara tiga anggota PH, yang enggan memberi repons terhadap dakwaan oleh Tun Dr Mahathir bahawa sikap kurang sabar Datuk Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia telah mengakibatkan PH jatuh tiga minggu lalu.



Satu sidang Parlimen pada minggu ini telah dibatalkan Perdana Menteri baru negara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadualkan semula sesi seterusnya hanya pada 18 Mei.



Kini, PH berharap untuk mendapatkan sokongan sekurang-kurangnya 112 AP dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi bagi mematahkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sry Muhyiddin. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >