Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar: Zahid dilantik dalam Kabinet atas kapasiti Presiden Umno, BN

Kes rasuah yang dihadapi juga belum diputuskan mahkamah
Dec 06, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dibuat berdasarkan beberapa faktor, biarpun Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sedang menjalani perbicaraan kes rasuah di mahkamah.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pemilihan Datuk Ahmad Zahid bagi jawatan berkenaan antaranya diputuskan berpandukan kapasiti beliau sebagai Presiden Umno merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN).



Perdana Menteri berkata kes mahkamah yang dihadapi Datuk Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah masih belum diputuskan.



Beliau antara lain mengakui tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak mempertikaikan pelantikan Datuk Ahmad Zahid bagi jawatan berkenaan, selain menjelaskan tindakan itu adalah hak peribadi masing-masing.



"Dalam keadaan Kerajaan Perpaduan ini saya perlu mengambil kira semua faktor ini (Datuk Ahmad Zahid sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN). Dia didakwa (tetapi) belum ada hukuman dan proses ini kita harus hormati.



"Namun, yang saya musykil dan ini bukan saya suarakan sekarang tetapi secara konsisten sejak beberapa tahun lalu, orang yang menjerit soal rasuah itu dia harus bersih.



"Dia tidak boleh jerit rasuah tetapi ambil projek (bernilai) ratusan juta ringgit, tak boleh!," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Putrajaya, semalam.



Menyentuh tentang cadangan bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ($184.5 bilion) ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin belum dibincangkan Kabinet.



Datuk Anwar berkata perkara mengenai penubuhan RCI itu akan diserahkan kepada Jemaah Menteri untuk dinilai.



"Ia belum dibawa dan dibincang oleh Jemaah Menteri, saya serah kepada rakan-rakan Jemaah Menteri untuk menilai hal demikian.



"Tapi setakat saya tahu dan diberi makluman, ada beberapa pelanggaran serius terutama bila luluskan projek, perolehan terlalu banyak, 'marked up' tinggi, parti-parti tertentu belanja tinggi menunjukkan keupayaan mereka berbelanja luar biasa," katanya.



Dalam sidang media yang sama, Datuk Anwar berkata beliau berbincang dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Encik Mohamad Sabu, yang akan mengumumkan harga telur baru yang lebih rendah hari ini,



Jelas Datuk Anwar, langkah itu diharap dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kartel.



"Ada beberapa langkah diambil yang diharap akan diumumkan oleh beliau (Mohamad) esok (hari ini) dengan harga lebih rendah kerana mengurangkan kebergantungan kepada kartel. Jadi, kita harap jumlah pengedaran telur dalam pasaran cukup dan harganya akan dikurangkan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >