Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AP Muslim NLD ikrar perjuang hak minoriti

Nov 23, 2020 | 05:30 AM



YANGON: Setelah lima tahun tanpa mempunyai seorang Anggota Parlimen (AP) Muslim, Myanmar memerlukan seseorang untuk membantu memperjuang hak minoriti yang ditindas, demikian kata Encik Sithu Maung, sedang beliau meraikan pemilihannya ke Parlimen.



Lelaki berusia 33 tahun itu adalah salah seorang daripada hanya dua Muslim daripada lebih 1,100 calon dalam parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinan Cik Aung San Suu Kyi - kenaikan daripada angka sifar dalam pilihan raya terakhir pada 2015.



Muslim membentuk sekitar 4 peratus penduduk negara itu dan sering mengalami diskriminasi.



Encik Sithu Maung kali pertama dapat merasakan peluang kemenangan setelah melihat reaksi pengundi terhadapnya di tempat pengundian, namun berasa amat bangga setelah akhirnya memperoleh 80 peratus undi di kawasan undinya di Yangon.



"Penduduk bertepuk tangan, memanggil nama saya dari rumah mereka ketika saya lewati kawasan mereka," cerita beliau kepada AFP di flat studionya yang serba sederhana.



Kawasan undi beliau merangkumi kira-kira 30,000 penduduk yang merangkumi hampir sama rata oleh penduduk penganut Buddha, Islam serta masyarakat minoriti Rakhine, Cina dan India.



"Saya akan berkhidmat kepada semua orang daripada semua agama, terutamanya mereka yang didiskriminasi dan ditindas atau dilucutkan hak asasi manusia," janjinya.



Muslim bukan kaum Rohingya di negara itu, walaupun diterima secara rasmi sebagai warga, juga sering menghadapi diskriminasi.



Seperti ramai lain, Encik Sithu Maung, juga harus menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan kad pengenalan yang melabelnya sebagai etnik 'darah campuran', menyebabkan beliau terpaksa beratur di laluan berlainan di pejabat pemerintah, yang boleh menyebabkan berlakunya rasuah.



"Orang yang belum mengalaminya tidak dapat memahami bagaimana rasanya," katanya kepada AFP.



Encik Sithu Maung juga berkongsi bagaimana beliau 'diserang' daripada semua pihak ketika pencalonannya diumumkan.



"Ada yang menyebarkan maklumat palsu, menggelar saya pengganas dan mengatakan saya mahu bahasa Arab diajar di sekolah," cerita bakal AP itu.



"Bahkan ada beberapa Muslim juga mengkritik saya, menuduh saya tidak cukup bersolat dan bersikap ateis, atau tidak mahu mematuhi peraturan agama."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >