KUALA LUMPUR: Bimbang pasukan petugas khas menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilihat bagai tidak bertaring, seorang pemimpin Umno menggesa Putrajaya memastikan ketiga-tiga agensi penguatkuasaan yang terlibat terus memberi tumpuan kepada usaha mendedahkan rasuah yang didakwa dalam syarikat sarat hutang itu.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, meminta Putrajaya menyelaraskan pengukuhan semula tiga agensi terlibat - Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).