Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT

Apa implikasi jika Trump jadi Presiden Amerika?

Sebagai negara kecil, Singapura sedia bekerjasama dengan mana-mana presiden
Nov 07, 2016 | 05:30 AM



APABILA Encik Donald Trump memulakan kempennya ke Rumah Putih di atas tangga bergerak berwarna emas pada Jun tahun lalu, tidak ramai yang memandangnya serius.



Waktu itu, tidak ramai yang menjangkakan jutawan dan bintang televisyen realiti itu akan memenangi pencalonan Parti Republikan, apatah lagi menjadi Presiden Amerika Syarikat.



Namun, kehadiran Encik Trump, 70 tahun, di Pejabat Oval semakin menjadi kenyataan menjelang Hari Mengundi Pilihan Raya Presiden Amerika esok.



Ini lebih-lebih lagi setelah datangnya 'Kejutan Oktober' dalam bentuk pendedahan Biro Siasatan Federal (FBI) mahu membuka semula siasatan ke atas e-mel calon Parti Demokrat, Cik Hillary Clinton, minggu lalu, hanya beberapa hari sebelum pilihan raya.



Berita itu memberi suntikan kepada kempen Encik Trump, yang awal bulan lalu terjejas dengan dakwaan salah laku seksual oleh beberapa wanita dan komen lucahnya dalam video rancangan hiburan Access Hollywood pada 2005.



Menurut ABC News/Washington Post, Encik Trump buat kali pertama sejak Mei mendahului saingannya, Cik Clinton, sebanyak satu mata iaitu 46-45, dalam undian awal menjelang pilihan raya itu.



Ini jelas menunjukkan populariti Encik Trump masih kukuh dalam kalangan rakyat Amerika - satu perkara yang menjadi kehairanan ramai pemerhati, terutama sekali di luar Amerika.



Ini meskipun satu demi satu komen berbaur kontroversinya yang menyasarkan rakyat Mexico, orang Islam dan orang kurang upaya.



Beliau juga dikritik kerana "melanggar semua peraturan dalam buku politik Amerika", termasuk menyelar keluarga askar yang terbunuh, memuji pemimpin Russia Vladimir Putin, malah menyoal kewibawaan proses mengundi.



Zamil ISEAS-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, menarik perhatian bagaimana Encik Trump mendakwa pemilihan ini berat sebelah dan beliau mungkin tidak akan menerima keputusan jika Cik Clinton menang.



"Ini belum pernah berlaku dalam sejarah presiden Amerika," ujar Dr Norshahril.



Tetapi Encik Trump sendiri mengakui bahawa beliau bukan seorang ahli politik.



"Saya bukan seorang ahli politik. Kepentingan istimewa saya adalah anda, rakyat Amerika," kata Encik Trump.



Inilah tarikan Encik Trump kepada warga Amerika yang rasa kecewa dengan ragam politik di Washington.



Inilah tarikan 'orang luar' politik yang menjadi fenomena bukan sahaja di Amerika, bahkan di seluruh dunia, kata Duta Kelana Singapura Bilahari Kausikan.



"Encik Trump menyalurkan rasa tidak puas hati golongan kulit putih bukan lulusan kolej daripada kelas bawah pertengahan dan rendah.



"Sebelum ini, sungutan golongan itu hanya kedengaran sesama mereka, tetapi kini ia meraih wadah awam menerusi Encik Trump, yang ironinya seorang jutawan," kata Encik Kausikan.



Jika Encik Trump berjaya dipilih sebagai pemimpin negara paling berkuasa di dunia itu, implikasinya akan dirasa di seluruh dunia.



Ini termasuk dari segi ekonomi, keselamatan rantau serta perdagangan dan pelaburan.



Pakar undang-undang Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Profesor Madya Eugene Tan, berkata dunia akan melihat satu tempoh ketidaktentuan di bawah Encik Trump sebagai Presiden.



"Saya bimbang presiden baru akan mula memberi tumpuan kepada pemilihan semula sebelum pelantikan rasmi mereka dan bukan apa yang dijangkakan dunia terhadap kononnya pemimpin dunia bebas itu. Ini akan mengakibatkan Amerika yang kurang memainkan peranan dalam ehwal global," ujar Dr Tan.



Sementara itu, Encik Kausikan menyatakan bahawa realitinya bagi Singapura, sebagai sebuah negara kecil, ia akan bekerjasama dengan mana-mana Presiden.



"Amerika seperti cuaca: kita tidak boleh mengubahnya jadi kita menyesuaikan diri kepadanya."






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >