Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LINGKARAN ASIA

Apabila bekalan air di Selangor tersekat-sekat...

Nov 23, 2020 | 05:30 AM



BUKAN sekali bukan juga dua kali. Sudah banyak kali berlaku gangguan bekalan air di negeri terkaya di Malaysia, Selangor, tahun ini.



Ini sehingga menimbulkan rasa marah di kalangan penduduk di negeri yang ditadbir parti pembangkang Pakatan Harapan (PH).



Sebab utama gangguan itu: pencemaran air yang dilakukan pihak syarikat dan individu. Namun apakah ada pihak bermain politik berkaitan gangguan bekalan air ini? Ada pengamat politik berpendapat ada kemungkinannya.



Laporan media menyatakan sejak awal tahun ini, Selangor mengalami sekurang-kurangnya sembilan kali pencemaran air sungai sehingga menjejas bekalan air bersih kepada jutaan pengguna.



Yang terbaru, bekalan air terganggu di tujuh daerah melibatkan lebih 1.13 juta akaun pengguna di kawasan Lembah Klang termasuk Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.



Gangguan itu berlaku ekoran pencemaran di Sungai Selangor membabitkan bahan pelarut. Beberapa orang sudah diberkas pihak polis.



Pencemaran itu menyebabkan air bertukar kepada warna merah dan mengeluarkan bau busuk.



Gangguan itu berlaku selang hanya sebulan selepas gangguan air berlaku selama enam hari ekoran insiden pencemaran sama, kali ini di Sungai Gong yang menjejas jutaan pengguna sekitar Lembah Klang.



Malah, pada September lalu, berlaku juga gangguan bekalan air pada skala besar yang sama.



PENDUDUK GUSAR



Penduduk di Lembah Klang kian gusar kerana sering berlaku gangguan bekalan air dengan ada menyalahkan kerajaan negeri kerana gagal bertindak dengan berkesan.



Mereka berkata kes gangguan bekalan air menjadi lebih kerap dengan berlaku hampir setiap bulan.



Selangor, wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya - yang biasanya disebut Lembah Klang - berkongsi sumber air sama. Kawasan itu merupakan tempat paling padat penduduk di Malaysia dengan kira-kira tujuh juta orang.



Penduduk di lembah itu dilaporkan menggunakan 3,243 juta liter sehari pada 2017, kenaikan 6.39 peratus berbanding 2014, dan membentuk satu pertiga jumlah air terawat yang digunakan di seluruh Malaysia.



ADA SABOTAJ?



Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya menyifatkan insiden pencemaran terbaru di Sungai Selangor mungkin berpunca daripada rasa kurang senang pihak tertentu terhadap tindakan tegas kerajaan negeri dalam menangani isu pencemaran itu.



Beliau berkata kerajaan negeri serius menangani isu itu untuk memastikan kejadian pencemaran sumber air tidak terus berulang.



Beliau menjelaskan rang undang-undang Lembaga Urus Air Selangor (Pindaan) 2020 telah diluluskan baru-baru ini dengan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara mandatori, selain denda dinaikkan daripada maksimum RM100,000 ($32,812) kepada antara RM200,000 dengan RM1 juta.



Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, penganalisis sosiopolitik dari Universiti Malaya, berkata:



"Isu pencemaran air berulang ini menunjukkan adanya sikap pihak industri yang tidak peka dan membuang bahan pembuangan kilang mereka ke sungai hingga mencemari air di beberapa sungai utama di Selangor.



"Ada juga menganggap ada pihak tertentu cuba sabotaj kerajaan Selangor yang merupakan negeri pembangkang terkaya di Malaysia."



Beliau berharap hukuman lebih berat di bawah pindaan undang-undang terbaru akan menjadi pencegahan berkesan.



JADI ISU POLITIK?



Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia pula berkata terdapat khabar bahawa kemungkinan ada elemen sabotaj dalam isu gangguan bekalan air di Selangor.



"Jika benar, ia menunjukkan bahawa isu pokok perkara ini ialah penguasaan politik terhadap kerajaan negeri Selangor yang sudah berbeza parti dan haluan dengan kerajaan pusat sejak lebih 10 tahun (sejak 2008, kecuali selama 22 bulan kerajaan pusat di bawah PH).



"Keadaan kini semakin penuh dengan teka-teki kerana menteri besar Selangor sekarang, walaupun daripada parti pembangkang PKR (Parti Keadilan Rakyat), diketahui berada dalam kem Azmin Ali yang kini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kerajaan PN (Perikatan Nasional), selepas berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar Ibrahim."



"Oleh itu, isu politik, malahan politik dalaman gabungan parti kerajaan Selangor, tidak boleh dipisahkan langsung dari saga ini," jelasnya.



Yang agak pasti, isu gangguan bekalan air di Selangor boleh menjadi salah satu isu yang mempunyai pengaruh besar kepada




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >