Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Apabila leka depan kamera...

Apr 11, 2017 | 09:28 AM



SYDNEY (Australia): Seorang pembaca berita secara tiba-tiba menjadi popular selepas dirakamkan sedang berkhayal ketika bersiaran langsung.



Natasha Exelby yang merupakan pembaca berita bagi badan penyiaran Australian Broadcasting Company (ABC) sepatutnya membuat pengenalan mengenai segmen sukan selepas sedutan pra-rakaman berakhir semasa bertugas untuk buletin berita petang Sabtu lalu (8 Apr).



Penerbit program memutuskan untuk siaran kembali merakamkan Natasha di studio.



Natasha bagaimanapun ketika itu sedang memandang ke bawah leka membelek sebatang pen.



Ia mengambil beberapa saat sebelum Nastaha menyedari dia kembali bersiaran langsung.



Natasha menunjukkan reaksi mengejutnya dengan mulut terbuka luas, mata terbeliak dan mencampakkan pen ke bawah.



Bagaimanapun Natasha bersikap profesional apabila meneruskan segmen sukan seperti biasa.



[embed]https://youtu.be/X-gBsWYASDA[/embed]



Disebabkan kelekaannya itu, pihak pengurusan ABC mengambil keputusan melarangnya kembali ke studio.



Jurucakap ABC berkata: "Natasha Exelby merupakan seorang penyumbang sambilan, bukan petugas tetap.



"Beliau telah diminta untuk ke udara untuk beberapa syif apabila diperlukan dan juga melakukan syif serupa untuk saluran ABC News," ujarnya yang ditukil Daily Mail Australia.



Exelby bagaimanapun memberitahu News Corp bahawa "tidak wajar untuk saya memberi sebarang komen".



Beliau bagaimanapun, menulis di akaun Twitter untuk mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya atas sokongan mereka.



"Terima kasih atas sokongan anda semua. Waktu itu bukan masa terbaik saya.



"Saya dan pena yang memukaukan ini dengan hormatnya menabik anda!" - Mirror, Mail Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >