Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Api semakin marak di hutan Amazon

Aug 23, 2019 | 11:27 AM



RIO DE JANEIRO - API sedang marak terbakar di hutan Amazon pada kadar paling pantas dalam beberapa tahun, kata pusat penyelidikan angkasa Brazil.



Institut Penyelidikan Angkasa Negara, yang memantau kebakaran menggunakan imej satelit, melaporkan pada Rabu bahawa ia telah mengesan 75,336 kebakaran di hutan hujan terbesar dunia itu pada 2019, iaitu peningkatan kira-kira 80 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas.



Kebakaran-kebakaran itu, yang kebanyakannya dicetuskan oleh petani yang ingin melapangkan tanah mereka, telah merebak ke kawasan hutan hujan yang tidak dihuni, dan juga ke kawasan yang mempunyai penghuni, seperti di negeri Rondonia dan Acre di utara negara itu.



Api kebakaran begitu besar dan meluas sehingga asapnya merebak ribuan batu jauhnya ke pantai Atlantik dan Sao Paulo, iaitu bandar paling ramai penduduknya di Brazil, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia. 



Foto yang dikongsi secara luas di media sosial menunjukkan langit gelap menyelubungi Sao Paulo pada siang hari, namun penyelidik berkata mereka sedang berusaha mencari tahu sama ada kejadian itu berkaitan dengan kebakaran yang berlaku.



Rabu lalu (21 Ogos), Presiden konservatif Brazil, Jair Bolsonaro, menuduh organisasi bukan pemerintah (NGO) mencetuskan kebakaran di hutan hujan Amazon setelah pemerintah menarik balik dana mereka.



"Ia boleh jadi, saya tidak mengatakan ia berlaku, tetapi mungkin ia adalah satu tindakan jenayah oleh pihak NGO, untuk mengundang perhatian (ramai) kepada saya, dan kepada pemerintah Brazil," katanya. 



"Inilah perang yang kita hadapi," tambah Presiden Jair.



Menurut beliau, pemerintah sedang berusaha mengawal kebakaran itu.



Para penyelidik, ahli alam sekitar serta bekas pegawai pemerintah sangat bimbang akan kemusnahan pada hutan hujan Amazon, yang merupakan salah satu sumber semula jadi yang paling penting di dunia dan memainkan peranan penting dalam menyerap karbon dioksida dalam usaha mengawal pemanasan bumi.



Kadar penebasan pokok di hutan Amazon telah melonjak tinggi sejak Presiden Jair mengambil alih sebagai ketua negara tersebut pada Oktober 2018.



Di bawah pentadbiran Presiden Jair, Brazil semakin bersikap kurang tegas dalam membanteras kegiatan haram di hutan Amazon. 



Pengkritik mengatakan polisi pemerintah di bawah Presiden Jair membuat penebang pokok, petani dan pelombong yang ingin melapangkan tanah secara haram semakin berani untuk berbuat demikian. -Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >