Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Aplikasi kongsi gambar wanita Muslim untuk 'dilelong'di India: Suspek ditahan

Jan 06, 2022 | 05:30 AM



MUMBAI: Polis India kelmarin menyatakan mereka telah membuat tangkapan pertama dalam siasatan berkaitan aplikasi dalam talian yang berkongsi gambar ramai wanita Muslim untuk 'dilelong' dalam kes kebencian yang jelas terhadap masyarakat minoriti.



Sejak beberapa hari lalu, sebilangan wanita India Muslim berkata di media sosial bahawa gambar mereka telah digunakan tanpa kebenaran untuk mencipta aplikasi terbuka itu di platform GitHub.



Aplikasi itu dipanggil Bulli Bai, istilah yang menghina bagi menggambarkan wanita Muslim.



Cik Ismat Ara, seorang wartawan yang menjadi sasaran aplikasi itu, berkata dalam satu aduan polis yang difailkan pada Ahad lalu, bahawa ia adalah cubaan untuk mengganggu wanita Muslim.



"Github tersebut adalah ganas, mengancam dan berniat untuk menimbulkan perasaan takut dan malu dalam fikiran saya, serta dalam fikiran wanita secara amnya, dan masyarakat Islam yang wanitanya menjadi sasaran dengan cara yang penuh kebencian ini," kata aduan itu yang disiarkan Cik Ara di media sosial.



Seorang pegawai kanan polis di barat bandar Mumbai berkata bahagian jenayah sibernya telah menahan seorang lelaki berusia 21 tahun dan turut menahan seorang wanita di wilayah utara Uttarakhand berhubung kejadian itu.



"Kedua-dua tertuduh mengenali antara satu sama lain," kata pegawai itu.



Menteri Teknologi Maklumat India, Encik Ashwini Vaishnaw, berkata pada Sabtu lalu bahawa platform GitHub mengesahkan telah menyekat pengguna yang mencipta aplikasi itu.



Ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku di India,



Pada Julai tahun lalu, dilaporkan polis menyiasat bagaimana puluhan wanita Muslim ditawarkan untuk dijual dalam "lelongan" palsu dalam talian tanpa pengetahuan mereka, dalam kes yang disebut mangsa sebagai menggambarkan Islamofobia yang semakin meningkat di seluruh negara.



Gambar lebih 80 wanita dilaporkan telah dimuat naik dalam beberapa minggu ke GitHub, platform pembangunan perisian terbuka, di bawah tajuk 'Sulli deal of the day'.



'Sulli' adalah slanga yang menghina wanita Islam.



Salah seorang mangsa, Cik Hana Mohsin Khan, seorang juruterbang syarikat penerbangan, telah dimaklumkan seorang rakan yang mengarahkannya ke pautan yang membawa kepada galeri imej wanita.



Beliau berasa takut, terkejut dan marah.



Ramai dalam kalangan 170 juta masyarakat India Muslim berkata mereka berasa seperti 'warga kelas kedua' sejak Parti Bharatiya Janata nasionalis Hindu pimpinan Perdana Menteri, Encik Narendra Modi, berkuasa pada 2014. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >