Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi akan terus urus haji

Oct 12, 2015 | 03:01 PM



ABU DHABI (Amiriah Arab Bersatu): Putera Turki al-Faisal menolak saranan supaya pentadbiran urusan haji setiap tahun dikongsi bersama negara Islam lain dan menyatakan Riyadh menganggapnya sebagai "soal kedaulatan" dan "keistimewaan".


Anggota kanan keluarga diraja Arab Saudi itu membuat kenyataan kepada agensi berita, The Associated Press (AP) yang dipetik Berita Harian Malaysia, ketika negaranya menghadapi kritikan susulan insiden rempuhan di Mina yang mengorbankan ramai jemaah haji bulan lalu.


Dianggarkan, seramai 1,400 terkorban dalam insiden itu, sekali gus menjadikan ia musim haji paling ramai jemaah terkorban.


Iran yang mengalami kematian jemaah haji paling ramai kali ini, menuduh Arab Saudi gagal mengurus dengan baik dan mencadangkan satu badan bebas ditubuhkan bagi mentadbir urusan haji.


Urusan menjaga dua Kota Suci dan haji "adalah soal kedaulatan dan keistimewaan," kata Putera Turki. "...kami tidak akan melepaskan keistimewaan ini atau kelebihan menjadi penjaga dua Kota Suci ini.


"Warga Makkah adalah mereka yang paling arif mengenai kawasan Makkah dan anda tidak boleh mengambilnya daripada warga Makkah," ujarnya.


Putera Turki berkata demikian ketika ditemubual AP di luar Sidang Kemuncak Institut Beirut di Abu Dhabi.


Putera Turki adalah anggota keluarga diraja paling kanan yang menjawab kritikan Iran secara terbuka.


Beliau juga Pengerusi Pusat Raja Faisal bagi Kajian dan Pengajian Islam. Beliau berkhidmat selama lebih dua dekad sebagai ketua bahagian perisikan Arab Saudi dan menjadi duta ke Britain, Ireland dan AS.


Sekurang-kurangnya 1,480 jemaah haji meninggal dunia dalam insiden rempuhan pada 24 September lalu di Mina. Angka korban itu berdasarkan kenyataan rasmi 19 negara yang rakyatnya terkorban dalam insiden itu. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >