Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi buka semula sempadan esok bagi pelancong asing

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



RIYADH: Arab Saudi semalam mengumumkan bakal membuka semula sempadan kepada pelancong asing yang sudah menerima vaksinasi lengkap, bermula esok, selepas menutupnya selama 17 bulan berikutan pandemik Covid-19.



Bagaimanapun, Riyadh dilapor tidak mengumumkan sebarang penarikan balik sekatan terhadap ibadah umrah yang lazimnya ditunaikan jutaan jemaah dari seluruh dunia, setiap tahun.



"Kementerian Pelancongan mengumumkan negara akan membuka semula pintunya kepada pelancong asing, dan menarik balik penggantungan kemasukan pemegang visa pelancong, bermula 1 Ogos ini," lapor Saudi Press Agency.



Menurutnya, pengembara sudah menerima imunisasi lengkap dengan suntikan vaksin diluluskan Arab Saudi - Pfizer, AstraZeneca, Moderna atau Johnson & Johnson - akan dibenarkan untuk memasuki negara ini 'tanpa perlu menjalani kuarantin di institusi kuarantin.'



Namun, ia dengan syarat keputusan ujian saringan reaksi rantaian polimerase (PCR) Covid-19 diambil mereka dalam tempoh 72 jam terakhir adalah negatif, selain mendaftarkan butiran diri dengan pihak berkuasa kesihatan.



Riyadh telah membelanjakan kos besar untuk membangunkan industri pelancongannya, sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagaikan ekonomi yang bergantung pada hasil minyak.



Negara ini julung kali mengeluarkan visa pelancong pada 2019 dalam usaha memperbaiki imejnya pada peringkat global serta menarik kunjungan pelawat.



Sebanyak 400,000 visa itu dikeluarkan antara September 2019 hingga Mac 2020 sebelum pandemik menjejaskan momentum berkenaan dengan penutupan sempadan.



Penularan wabak itu turut memberi kesan terhadap pelaksanaan ibadah haji serta umrah yang lazimnya berupaya menjana pendapatan kira-kira AS$12 bilion ($15.6 bilion) setiap tahun kepada negara ini pada masa normal.



Ketika ini, hanya jemaah yang sudah diimunisasi dan menetap di Arab Saudi layak memohon permit umrah.



Kerajaan memperhebat usaha vaksinasi di seluruh negara sambil mengambil langkah menghidupkan semula industri pelancongan serta menjadi tuan rumah bagi acara sukan dan hiburan.



Hingga kini, sebanyak 26 juta dos vaksin sudah diberikan di negara yang memiliki kira-kira 35 juta penduduk ini.



Malah, kerajaan mengumumkan bermula 1 Ogos ini, vaksinasi akan diwajibkan untuk orang ramai memasuki premis kerajaan dan swasta meliputi institusi pendidikan dan tempat hiburan, serta menaiki pengangkutan awam.



Arab Saudi mencatat lebih 523,000 jangkitan dengan 8,213 kematian akibat Covid-19, setakat ini. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >