RIYADH: Sekurang-kurangnya 39,000 rakyat Pakistan dihantar pulang dari Arab Saudi sepanjang empat bulan lalu kerana terbabit dalam pelbagai kegiatan keganasan dan jenayah.
Sumber keselamatan memberitahu akhbar Saudi Gazette bahawa pengusiran itu dibuat selepas "peraturan pemastautin dan pekerjaan" didakwa dicabuli warga Pakistan berkenaan.