Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi ketuai pakatan 34 negara Islam lawan pengganasan

Dec 15, 2015 | 02:13 PM



DUBAI: Arab Saudi mengumumkan pada Selasa (15 Dis) pembentukan sebuah pakatan tentera Islam yang dianggotai 34 negara bagi memerangi pengganasan, menurut satu kenyataan bersama yang disiarkan agensi berita SPA.


Satu senarai panjang negara Arab, seperti Mesir, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), bersama negara seperti Turkey, Malaysia, Pakistan dan Teluk Arab serta negara-negara Afrika disebut dalam kenyataan itu.


"Negara-negara yang disebut di sini telah membuat keputusan mengenai pembentukan perikatan tentera yang diketuai oleh Arab Saudi bagi memerangi pengganasan, dengan pusat operasi bersama berpangkalan di Riyadh untuk menyelaras dan menyokong operasi ketenteraan," kata kenyataan itu.


Pengumuman tersebut menyebut mengenai "kewajipan melindungi negara Islam daripada kejahatan semua kumpulan dan pertubuhan pengganas, apa sahaja taifah dan nama mereka, yang mendatangkan kematian dan kerosakan di muka bumi dan bertujuan melakukan pengganaan ke atas orang tidak bersalah".


Iran tidak termasuk dalam senarai tersebut.


Amerika Syarikat semakin lantang melahirkan pandangannya bahawa negara Teluk Arab perlu berusaha lebih untuk membantu kempen ketenteraan terhadap kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).


Dalam satu sidang media, Putera Mahkota yang juga Menteri Pertahanan Arab Saudi, Mohammed bin Salman, 30 tahun, berkata kempen itu akan "menyelaraskan" usaha memerangi pengganasan di Iraq, Syria, Libya, Mesir dan Afghanistan.


Namun, beliau tidak banyak menerangkan tentang bagaimana usaha ketenteraan mungkin dijalankan.


"Akan ada penyelarasan antarabangsa dengan kuasa besar dan pertubuhan antarabangsa... dari segi operasi di Syria dan Iraq. Kami tidak boleh menjalankan operasi ini tanpa bekerjasama dengan kesahihan di tempat ini dan masyarakat antarabangsa," kata beliau tanpa mengulas lanjut.


Ditanya apakah pakatan baru itu akan memberi tumpuan hanya pada ISIS, beliau berkata ia akan menentan bukan kumpulan itu sahaja, bahkan "sebarang pertubuhan pengganas yang muncul di depan kita".


ISIS telah berikrar akan mengguling monarki Teluk dan telah melancarkan satu siri serangan ke atas masjid Syiah dan pasukan keselamatan di Kuwait serta Arab Saudi. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >