Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Arab Saudi larang majlis berbuka, sahur beramai-ramai

Mar 26, 2021 | 08:46 PM

RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan kewajipan vaksinasi COVID-19 untuk semua kakitangan kedai gunting, restoran, kafe dan kedai makanan di negara itu, mulai Mei.

Jika tidak, semua kakitangan terbabit perlu menjalani ujian COVID-19 setiap tujuh hari.

Sejajar usaha mengekang penularan COVID-19 itu juga, Kementerian Pelancongan Arab Saudi melarang khidmat bufet atau majlis berbuka atau sahur beramai-ramai di restoran atau hotel sepanjang bulan Ramadan.

Sebaliknya, makanan bungkus dengan proses pandu lalu digalakkan.

Bagaimanapun, pembahagian makanan untuk iftar di Masjidil Haram dibenarkan semula pada Ramadan ini, meskipun permohonan permit diperlukan melalui dalam talian.

Permit juga diperlukan untuk mengadakan majlis berbuka di sekitar bandar Makkah, termasuk di jalan-jalan rayanya.

Tahun lalu, semua ibadah di Masjidil Haram digantung kerana penularan COVID-19. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3