Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi mansuh semua sekatan Covid-19

Mar 24, 2022 | 05:30 AM



RIYADH: Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan koronavirus Covid-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.



Kementerian itu menambah bahawa semua sekatan utama kesihatan yang dikenakan ke atas mereka yang mengembara ke negara Timur Tengah itu, berikutan pandemik Covid-19, telah ditarik balik, lapor media Saudi Gazette.



Ini termasuk penyerahan wajib sijil vaksinasi, keputusan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) atau ujian pantas antigen (ART) negatif sebelum datang atau semasa tiba di Saudi, serta keperluan kuarantin di sesebuah institusi dan rumah.



Kementerian itu mengaitkan keputusan menarik balik sekatan itu disebabkan penurunan besar dalam kadar kes positif koronavirus, mencapai kurang daripada 4 peratus di negara itu.



Ini selain peningkatan kadar vaksinasi sehingga 99 peratus bagi semua kumpulan sasaran penduduk Saudi berumur 12 tahun dan ke atas.



Sebelum ini, kerajaan Saudi mengumumkan penyambungan semula ibadah iktikaf di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah pada Ramadan akan datang selepas ditiadakan selama dua tahun.



Sejauh ini, Saudi belum membuat sebarang pengumuman sama ada jemaah antarabangsa akan dibenarkan menunaikan ibadah haji pada tahun ini.



Pada Oktober lalu, satu pasukan bertindak yang terdiri daripada anggota Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas) mengadakan lawatan ke Saudi untuk meninjau protokol kesihatan dan keselamatan baru yang perlu dipatuhi jemaah umrah Singapura dalam norma baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >