Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arab Saudi: Peluru berpandu dari Yemen dipintas berhampiran Riyadh.

Nov 05, 2017 | 01:30 PM



RIYADH: Arab Saudi berkata ia telah memintas peluru berpandu balistik yang ditembak dari Yemen, selepas letupan kuat didengari di lapangan terbang Riyadh petang Sabtu (dinihari Ahad 5 Oktober, waktu Singapura).



Peluru berpandu itu ditembak musnah di ruang udara ibu kota Arab Saudi itu dan pecahannya jatuh di lapangan terbang, kata pegawai yang diwawancara Agensi Berita Saudi rasmi.



Menukil saluran televisyen yang berhubung kait dengan militan Houthi di Yemen, agensi berita BBC berkata peluru berpandu itu ditembak ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid.



Penguasa penerbangan awam berkata laluan udara tidak terjejas.



Sebelum ini, angkatan bersenjata Saudi telah melaporkan insiden menembak peluru berpandu Houthi, tetapi ini adalah kali pertama peluru berpandu dipintas berhampiran pusat kota yang dihuni ramai orang.



"Peluru berpandu itu dilancarkan sewenang-wenangnya ke arah kawasan yang dipenuhi orang ramai," kata Turki al-Maliki, jurucakap pakatan tentera yang dipimpin Saudi di Yemen.



"Sisa letupan hasil usaha memintas peluru berpandu itu jatuh di kawasan lapangan terbang yang tidak berpenghuni dan tiada kecederaan dilaporkan." ujar Turki.



Dalam laporannya, penyiar berita Saud Al-Arabia berkata saksi berkata merea melihat sebahagian bangkai peluru berpandu di tempat meletak kereta di lapangan terbang itu.



Penduduk di utara Riyadh berkata tingkap mereka digegarkan letupan yang kata pada petang Sabtu, diikuti deruman jentera pesawat yang terbang rendah.



Menurut akhbar Saba News - yang dikendalikan oleh Houthi - pelurua berpandu yang dipintas itu adalah jenis Burkan H2.



Kumpulan Houthi dipercayai mempunyai simpanan lumayan peluru berpandu balistik dan senjata lain. Angkatan bersenjkata Saudi telah menembak mereka menggunkan peluru berpandu darat ke udara yang dibasa masuk dari Amerika Syarikat.



Ia menembak satu peluru berpandu yang menghala ke  Riyadh pada Mei lalu, sehari sebelum Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijadual tiba ke kota itu untuk kunjungan rasmi. Peluru berpandu itu dimusnahkan sekitar 200 kilometer dari ibu kota.



Yemen telah dirobek peperangan antara kumpulan yang setia kepada pemerintahan Presiden Abdrabbuh Masour Hadi dan kumpulan yang menyokong gerakan bantan Houthi.



Arab Saudi memimpin kempen menewaskan Houthi dan ialah kuasa terbesar dalam pakatan udara antarabangsa yang telah mengebom kumpulan Houthi sejak 2015.



Rabu lalu, serangan yang disyaki dimulakan pakatan yang dipimpin Saudi membunuh sekurang-kurangnya 26 orang di hotel dan pasar di Yemen Utara termasuk pegawai perubatan dan pegawai setempat.



Pakatan itu, yang didakwa kumpulan hak asasi manusia sebagai telah mengebom sekolah,hostpita, pasar dan kawasan penduduk berhimpun.



Perbincangan untuk menyelesaian perkara ini, yang dipimpin oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) sejauh ini tidak berjaya mengakhiri tumpahan darah di Yemen, yang telah meragut nyawa 8,000 penduduk dan mencederakan lagi 50,000 sejak kempen itu bermula.



Lebih 20.7 juta pelarian kini memerlukan bantuan kemanusiaan, mencetus kecemasan 'keselamatan makanan' dan menyebabkan penularan taun yang dipercayai menjejaskan 884,000 oran dan lebih 2,000 kematian.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >