Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Arab Saudi rancang keluarkan semula visa pelancong awal 2021 setelah penggantungan dek koronavirus

Sep 27, 2020 | 2:47 PM
Seorang pelancong sedang melungsur curam padang pasir di kawasan padang pasir di Saed, sekitar 110 kilometer dari timur Bandar Riyadh pada Ogos lalu.
Seorang pelancong sedang melungsur curam padang pasir di kawasan padang pasir di Saed, sekitar 110 kilometer dari timur Bandar Riyadh pada Ogos lalu. - AFP

RIYADH - Arab Saudi merancang untuk mengeluarkan semula visa pelancong pada awal 2021 selepas penggantungan selama berbulan ekoran langkah tegas kerajaan mengekang penularan koronavirus, kata menteri pelancongannya kepada agensi berita Reuters.

Menurut laporan itu, pelancongan adalah tunggak dalam strategi pembaharuan semula Putera Mahkota Mohammed bin Salman bagi mengurangkan penggantungan ekonomi terhadap minyak.

Kerajaan itu yang membuka pintunya kepada pelancong asing pada September 2019 dengan melancarkan rejim visa baru untuk 49 negara, mahu sektor itu menyumbang 10 peratus daripada ekonomi negara menjelang 2030.

"Bagi visa pelancongan, sehingga kini kami sedang membincangkan untuk dikeluarkan semula pada awal tahun depan. Jika keadaan semakin baik atau ada perkembangan positif berkaitan dengan vaksin, kami mungkin mempercepatkannya dan melaksanakan lebih awal," kata Menteri Pelancongan Saudi, Ahmed al-Khateeb dalam satu temuramah secara maya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg