Arab Saudi umum pelonggaran sekatan pergerakan, kecuali di Makkah, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Arab Saudi umum pelonggaran sekatan pergerakan, kecuali di Makkah

May 26, 2020 | 01:00 PM

RIYADH: Arab Saudi hari ini umum pelonggaran sekatan pergerakan yang menghentikan sebahagian besar aktiviti di negara itu akibat wabak koronavirus.

Mulai 31 Mei ini, perintah sekatan di semua kawasan negara itu akan dilonggarkan, kecuali Makkah. Pergerakan di bandar-bandar dan di wilayah-wilayah negara itu sekali lagi akan diizinkan, lapor agensi Saudi Press Agency, hari ini.

Pelonggaran ini bererti langkah perintah berkurung selama 24 jam yang dilaksanakan kerajaan negara itu kini dilonggarkan mulai 3 petang hingga 6 pagi sehingga Ahad.

Setelah itu tempoh sekatan akan berubah kepada 8 malam hingga 6 pagi. 

Makkah akan kekal menjalani perintah berkurung 24 jam.

Discover Malay Home Based Businesses

Pada 21 Jun, semua perintah sekatan di negara itu akan ditamatkan dan sembahyang di masjid di Makkah akan diizinkan.

Sebelum ini, garis panduan jarak selamat mesti terus dipatuhi dan perhimpunan lebih daripada 50 orang akan terus dilarang.

Pihak berkuasa juga telah membenarkan kehadiran di kementerian, agensi kerajaan dan syarikat sektor swasta, dan pengembalian kegiatan di pejabat.

Beberapa aktiviti ekonomi dan komersial juga akan dibenarkan termasuk aktiviti di kedai borong dan runcit, dan juga pusat membeli-belah. 

Kafe akan dibenarkan beroperasi sekali lagi.

Walau bagaimanapun, semua sektor pekerjaan di mana peraturan menjauhkan diri lebih sukar dicapai seperti salon kecantikan, kedai gunting rambut, kelab sukan dan kesihatan, pusat rekreasi dan pawagam akan kekal ditutup.

Ziarah umrah dan penerbangan antarabangsa akan terus ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. - Arab News

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map