Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KETEGANGAN DI SEMPADAN UKRAINE-RUSSIA

AS arah keluarga pegawai diplomat, rakyat tinggalkan Ukraine

Jan 25, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat mengeluarkan arahan kepada ahli keluarga pegawai diplomatnya untuk meninggalkan Ukraine dengan segera selepas mendakwa wujud ancaman berterusan tindakan ketenteraan daripada Russia.



Ia juga meminta semua rakyatnya di negara Eropah Timur itu agar berbuat demikian.



Jabatan Negara Amerika berkata kakitangan pejabat kedutaan dan warga turut diberi 'pelepasan sukarela' untuk keluar dari negara itu menaiki pesawat komersial atau apa juga pengangkutan secara sendiri.



Pengumuman itu dibuat kelmarin menyusuli ketegangan yang wujud di antara Russia dengan Barat berhubung keselamatan Eropah serta kebimbangan mungkin berlaku pencerobohan tentera Russia di Ukraine.



Diplomat Amerika dan Russia tidak membuat sebarang kejayaan besar dalam rundingan pada Jumaat lalu.



Russia dilaporkan menempatkan lebih 100,000 tentera di sempadannya dengan Ukraine, bersama dengan senjata kereta kebal, kenderaan tempur, artileri dan peluru berpandu.



Tindakan Russia itu mencetuskan amaran keras dari Washington dan Eropah tetapi setakat ini rundingan yang berjalan tidak menunjukkan perkembangan seperti diharapkan.



Kelmarin, Britain menuduh Kremlin berusaha melantik pemimpin pro-Russia di Kyiv.



"Warga Amerika di Ukraine harus menimbangkan untuk berlepas sekarang menggunakan pilihan pengangkutan komersial atau lain yang tersedia secara persendirian," ujar Jabatan Negara Amerika.



Ia juga berkata rakyat Amerika tidak seharusnya pergi ke Russia kerana "ketegangan berterusan di sepanjang sempadan dengan Ukraine".



Jabatan itu mengeluarkan semula nasihat perjalanannya yang mengatakan warga Amerika tidak harus pergi ke Russia, sambil menambah:



"Rakyat Amerika dinasihatkan supaya tidak melakukan perjalanan darat dari Russia ke Ukraine melalui rantau itu."



Sebelum ini, Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, menolak idea untuk mengenakan sekatan ke atas Moscow sebelum berlaku sebarang pencerobohan, sebaliknya berkata langkah itu harus digunakan sebagai cara menghalang serangan.



"Sebaik saja sekatan dilaksanakan, kesan pencegahannya sudah hilang," katanya kepada CBS.



"Jadi apa yang kita sedang aturkan sekarang adalah menyusun satu siri tindakan yang perlu dipertimbangkan Presiden (Vladimir) Putin.



"Ini termasuk meningkatkan pertahanan di Ukraine dengan membekalkan lebih banyak bantuan ketenteraan," katanya.



Presiden Amerika, Encik Joe Biden, juga sedang menimbangkan tindakan mahu mengerahkan beberapa ribu tentera Amerika, serta kapal perang dan pesawat, kepada sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Baltik dan Eropah Timur, menurut pegawai pentadbiran.



Langkah itu akan memberi isyarat mengenai perubahan besar pentadbiran Encik Biden, yang sehingga baru-baru ini mengambil sikap mengekang Ukraine, kerana tidak mahu memprovokasi Russia untuk menceroboh Ukraine.



Tetapi sedang Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, meningkatkan tindakan mengancamnya terhadap Ukraine, dan perbincangan antara pegawai Amerika dengan Russia sejauh ini gagal mematahkan hasrat Encik Putin, pentadbiran Biden telah mula beralih daripada strategi jangan memprovokasi itu.



Dalam satu mesyuarat Sabtu lalu di Kem David di Maryland, pegawai kanan Pentagon memberi Encik Biden beberapa pilihan yang akan mengalihkan aset tentera Amerika lebih dekat ke kawasan Russia, kata pegawai pentadbiran itu.



Pilihan itu termasuk menghantar 1,000 hingga 5,000 tentera Amerika ke beberapa negara Eropah Timur, dengan potensi meningkatkan jumlahnya sepuluh kali ganda jika keadaan semakin buruk.



Encik Biden dijangka membuat keputusan seawal minggu ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >