Arahan sekat pendatang: Badan kebebasan sivil Amerika saman pentadbiran Trump

WASHINGTON: Pentadbiran Trump mencabul hak beberapa warga dari tujuh negara majoriti Islam yang disasarkan dalam arahan eksekutif yang menghalang mereka memasuki semula Amerika Syarikat, dakwa Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (ACLU) dalam satu tuntutan mahkamah yang difailkan pada Khamis (2 Feb).

Tuntutan itu adalah tindakan kumpulan (tuntutan mahkamah yang difail oleh seorang individu bagi pihak sebuah kumpulan orang) yang dikemukakan bagi pihak warga tujuh negara majoriti Islam yang disebut dalam arahan eksekutif Presiden Donald Trump, yang mengharam sementara kemasukan rakyat tujuh negara itu.

Orang-orang di bawah tindakan kumpulan itu tinggal atau pernah tinggal di Amerika, kata tuntutan tersebut.

Cerita ini sedang berkembang. - Reuters

Galeri Foto