Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Arus bantahan menentang junta Myanmar berterusan

Indonesia berusaha majukan usaha diplomatik yang libatkan negara Asia Tenggara lain cari jalan keluar
Feb 25, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Myanmar menyaksikan lebih banyak bantahan jalanan semalam menentang junta tentera sedang Indonesia berusaha memajukan usaha diplomatik yang melibatkan negara Asia Tenggara lain untuk mencari jalan keluar daripada krisis di Myanmar.



Minggu ini menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran sejak Isnin lalu mengecam kudeta tentera yang berlaku pada 1 Februari serta menuntut pembebasan pemimpin Cik Aung San Suu Kyi.



Ini walaupun ada peringatan daripada pihak tentera bahawa konfrontasi boleh menyebabkan warga terbunuh.



Kelmarin, saiz perhimpunan lebih kecil sedikit namun satu perhimpunan pelbagai etnik telah dirancang diadakan semalam di Mayangone, di bahagian utara pusat perdagangan Yangon.



Selain itu, dalam usaha untuk memulakan tindakan diplomatik, Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, merancang terbang ke Myanmar hari ini dalam kunjungan pertama yang dilakukan oleh seorang pemimpin asing sejak kudeta, demikian menurut satu dokumen pemerintah Myanmar.



Namun lawatan beliau mungkin tidak disambut baik oleh segolongan aktivis prodemokrasi yang bimbang sebarang perjanjian dengan pihak junta tentera akan melemahkan tuntutan mereka bagi pengakuan hasil pilihan raya pada November yang dimenangi parti Cik Suu Kyi.



Cik Retno telah berusaha mendapatkan sokongan di negara-negara Asia Tenggara bagi satu pertemuan khas mengenai Myanmar dengan sumber mengatakan Jakarta mengusulkan negara di rantau itu mengirim pemerhati untuk memastikan para jeneral mengadakan "pilihan raya yang adil dan inklusif".



Ratusan orang berkumpul di luar kedutaan Indonesia di Yangon kelmarin untuk menyuarakan tentangan mereka terhadap cadangan pilihan raya baru itu, sementara anggota masyarakat Islam Myanmar dijadual mengadakan satu bantahan semalam.



The Future Nation Alliance, satu kumpulan aktivis yang berpangkalan di Myanmar, mengatakan dalam satu kenyataan bahawa lawatan Cik Retno "sama dengan mengesahkan junta tentera itu".



Kumpulan itu menuntut pegawai asing bertemu dengan Htin Lin Aung, seorang wakil Jawatankuasa Mewakili Pyidaungsu Hluttaw (CRPH), yang dibentuk oleh penggubal undang-undang yang diketepikan, yang telah dilantik sebagai "satu-satunya pegawai yang bertanggungjawab bagi hubungan luar negara".



Seorang jurucakap Kementerian Luar Indonesia mengatakan kelmarin bahawa Cik Retno berada di Thailand dan mungkin akan pergi ke negara lain di rantau itu kemudiannya, namun tidak dapat memastikannya nama negara.



Sebelumnya, jurucakap itu mengatakan pilihan raya baru bukanlah kedudukan Indonesia bagi isu Myanmar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >