Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Asean boleh main peranan membina bantu proses mencari huraian di Myanmar: PM Lee Hsien Loong

Apr 24, 2021 | 08:26 PM



NUR ADILAH MAHBOB

adilaham@sph.com.sg



ASEAN boleh memainkan peranan membina bagi membantu dalam proses mencari huraian di Myanmar, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Beliau juga menggesa agar rombongan Asean dibenarkan melawat Myanmar untuk membantu dalam proses perbincangan, dengan kumpulan itu juga bersedia menghulurkan bantuan kemanusiaan.

Encik Lee berkata demikian semasa berucap di Mesyuarat Pemimpin Asean pada Sabtu (24 Apr) mengenai krisis Myanmar di Jakarta.



Ini merupakan pertemuan secara fizikal pertama Asean sejak pandemik Covid-19. Ia dianjurkan Brunei selaku Pengerusi Asean tahun ini.

Dalam ucapannya, Encik Lee mengulangi gesaan Singapura agar keganasan di Myanmar dihentikan dan semua tahanan politik dibebaskan, dan dialog antara semua pihak berkepentingan disambung.

Negara anggota Asean mempunyai tanggungjawab bersama untuk mendukung keamanan, keselamatan dan kestabilan rantau ini, sebagaimana termaktub dalam piagam kumpulan itu, kata Encik Lee.



Sementara itu, dalam satu catatan di Facebook Sabtu malam (24 Apr), Encik Lee berkata kunjungan ke mesyuarat Asean di Jakarta itu merupakan perjalanan pertamanya ke luar Singapura dalam tempoh lebih setahun selepas bermulanya pandemik Covid-19.



Kejadian baru-baru ini dan pertumpahan darah di Myanmar amat membimbangkan.

Perkara itu  boleh menjejas kestabilan, keselamatan dan kemakmuran bukan hanya di Myanmar, bahkan di Asean dan rantau sini, kata beliau.



“Dialog terbuka, terus terang dan ikhlas kami hari ini hanyalah satu langkah, tetapi penting. 

“Kami berharap bahawa pemikiran munasabah akan mengatasi yang lain, dan penyelesaian politik dan perdamaian yang dapat bertahan lama akan dapat dicapai,” tulis beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >