PHNOM PENH: Asean “mengecam dan amat kecewa” dengan tindakan junta Myanmar melaksanakan hukuman mati ke atas empat warganya, menurut kenyataan Kemboja, selaku pengerusi pertubuhan serantau itu, pada Selasa (26 Julai).
Hukuman mati diteruskan meskipun Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, dalam kedudukannya sebagai Pengerusi Asean, merayu agar hukuman itu ditimbangkan semula, menurut kenyataan itu lagi.
“Isu pelaksanaan hukuman mati itu dipandang serius” menurut pertubuhan 10 negara itu, dalam kenyataan yang turut diterima Berita Harian.
“Pelaksanaan hukuman mati, hanya seminggu sebelum Mesyuarat Menteri-Menteri Asean ke-55 adalah sangat dikeji,” kata kenyataan itu.
Ia menambah tindakan itu jelas menggambarkan ketidakpedulian junta tentera dalam melaksanakan Kesepakatan Lima Perkara (5PC), yakni meningkatkan kepercayaan dan keyakinan bagi mendorong satu dialog dengan semua pihak berkaitan, dalam usaha menamatkan keganasan dan meredakan kesengsaraan rakyat yang tidak berdosa.
Tunjuk perasaan meletus di Myanmar selepas hukuman mati dijalankan terhadap empat aktivis demokrasi yang menentang pemerintah tentera negara itu. - Agensi berita.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
28
0
Asean kecam Myanmar laksana hukuman mati atas 4 aktivis demokrasi
Jul 26, 2022 | 04:23 PM