Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Asean kecam Myanmar laksana hukuman mati atas 4 aktivis demokrasi

Jul 27, 2022 | 05:30 AM



PHNOM PENH: Asean "mengecam dan amat kecewa" dengan tindakan junta Myanmar melaksanakan hukuman mati ke atas empat warganya, menurut kenyataan Kemboja, selaku pengerusi pertubuhan serantau itu, semalam.



Hukuman mati diteruskan meskipun Perdana Menteri Kemboja, Encik Hun Sen, dalam kedudukannya sebagai Pengerusi Asean, merayu agar hukuman itu ditimbangkan semula, menurut kenyataan itu lagi.



"Isu pelaksanaan hukuman mati itu dipandang serius" menurut organisasi 10 negara itu, dalam kenyataan yang turut diterima Berita Harian semalam.



"Pelaksanaan hukuman mati, hanya seminggu sebelum Mesyuarat Menteri-Menteri Asean ke-55 adalah sangat dikeji," kata kenyataan itu lagi, dan menambah ia jelas menggambarkan ketidakpedulian junta dalam mempercepat kemajuan bagi pelaksanaan Kesepakatan Lima Perkara (5PC), yakni meningkatkan kepercayaan dan keyakinan bagi mendorong satu dialog dengan semua pihak berkaitan, dalam usaha menamatkan keganasan dan meredakan kesengsaraan rakyat yang tidak berdosa.



Tunjuk perasaan meletus di Myanmar selepas hukuman mati dijalankan terhadap empat aktivis demokrasi yang menentang pemerintah tentera negara itu.



Hukuman mati terhadap empat lelaki itu - Phyo Zeya Thaw, mantan anggota Parlimen Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD); aktivis terkemuka Kyaw Min Yu, yang juga dikenali sebagai 'Ko Jimmy'; Aung Thura Zaw; dan Hla Myo Aung - yang kesemuanya didakwa di bawah undang-undang antipengganasan.



Hukuman mati ini pertama kali dilaksanakan oleh mahkamah di Myanmar sejak 1988, menurut pertubuhan hak asasi antarabangsa, Amnesty International, yang sehingga kini menganggap negara itu sebagai telah menghapuskan hukuman mati, lapor agensi berita.



Menurut junta Myanmar, empat orang itu terbabit dalam tindakan pengganas.



Pelaksanaan hukuman mati yang mengejutkan dunia itu dilaporkan secara meluas dan menerima kecaman antarabangsa.



Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, mengutuk keras hukuman mati itu.



EU pula menyifatkan hukuman mati itu bermotif politik.



Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, pula berkata Asean mengutuk pembunuhan tahanan politik oleh pihak berkuasa tentera Myanmar.



"Ia mengenjotkan Asean dalam usaha mencari huraian damai dan perdamaian nasional di Myanmar.



"Kami mengulangi gesaan agar semua tahanan politik dibebaskan, termasuk Presiden Win Myint dan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi. Satu resolusi yang membawa kedamaian hanya boleh dicapai menerusi rundingan membina di kalangan semua pihak terlibat. Takziah mendalam kepada keluarga semua mangsa," ujarnya dalam catatan di Facebook, semalam.



Dalam satu kenyataan bersama - Kesatuan Eropah (EU), Australia, Canada, Jepun, New Zealand, Norway, Korea Selatan, Britain dan Amerika Syarikat (AS) menyifatkan hukuman mati itu sebagai tindakan keganasan yang tercela.



Jabatan Negara AS menyatakan "tidak boleh lagi ada urusan seperti biasa" dengan junta tentera Myanmar, dan menyeru negara lain supaya mengharamkan penjualan peralatan tentera kepada Myanmar, selain menggesa Asean supaya mengekalkan langkah melarang wakil junta tentera Myanmar menghadiri mesyuaratnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >