MARAWI (Filipina): Tentera Filipina yang sedang memerangi kumpulan militan Maute di bandar Marawi di selatan negara itu menghadapi bahaya, termasuk serangan oleh penembak hendap, yang menyebabkan 13 askar pemerintah terkorban minggu lalu.
Seorang anggota tentera, Sarjan Mahamud Darang, berkata kenderaan perisainya diserang militan berpakaian hitam yang menggunakan pelancar roket (RPG), sedang sekumpulan askar Filipina menyeberangi Sungai Agus ke arah pusat komersial di Marawi City, yang dikuasai militan sejak 23 Mei.