Askar Marin Britain tahan kapal Iran
Jul 06, 2019 | 05:30 AM
LONDON/DUBAI: Askar Marin Diraja Britain menahan sebuah kapal tangki minyak gergasi Iran di Gibraltar kelmarin kerana cuba menghantar minyak ke Syria, yang melanggar sekatan Kesatuan Eropah (EU).
Tindakan dramatik itu menarik kemarahan Teheran dan boleh meningkatkan konfrontasinya dengan Barat.