Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Askar Russia ambil alih kawalan prasarana penting di Crimea

Mar 02, 2014 | 05:31 PM



CRIMEA (Ukraine): Askar Russia telah mengambil alih kawalan di beberapa prasarana penting di serata semenanjung Crimea hari ini, selang sehari Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, mendapatkan kelulusan Parlimen untuk mengerahkan askarnya ke Ukraine.


Mengulas tentang perkembangan itu, Presiden sementara Ukraine, Encik Oleksandr Turchynov, berkata: "Kami menyifatkan tindakan Russia ini sebagai pencerobohan langsung ke atas kedaulatan Ukraine."


Askar Russia dilaporkan turut merampas senjata dari sebuah pangkalan radar di bandar Sudak dan prasarana latihan angkatan laut bandar Sevastopol.


Kelmarin, Encik Putin berkata tindakan ketenteraan itu diperlukan kerana krisis di Ukraine mengancam nyawa rakyat Russia, termasuk anggota angkatan lautnya yang berpangkalan di Crimea.


Pengerahan tentera Russia hanya akan dihentikan "sehingga keadaan sosio-politik di negara itu kembali normal," kata Encik Putin.


Menyusuli pengumuman itu, Amerika Syarikat memberi amaran kepada Russia bahawa ia telah melanggar undang-undang antarabangsa, termasuk tanggungjawabnya di bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan perjanjian ketenteraan 1997 dengan Ukraine. - AFP, Reuters, Bloomberg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >