Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Askar Russia tawan loji nuklear Ukraine

Mar 05, 2022 | 06:02 AM



LVIV (Ukraine): Pasukan tentera Russia semalam menguasai loji kuasa nuklear Zaporizhzhia di tenggara Ukraine - loji kuasa nuklear terbesar di Eropah.



Sebelum ini, Ukraine berkata tentera Russia menyerang loji itu pada awal pagi semalam, menyebabkan kebakaran di kemudahan latihan bersebelahan loji itu. Api berjaya dipadamkan dan tiada kecederaan dilaporkan.



Kerosakan besar ke atas loji itu boleh menyebabkan kebocoran nuklear yang mampu menjejas ramai orang di kawasan yang besar.



Sementara itu, Pentagon Amerika Syarikat menyatakan ia telah mewujudkan talian langsung baru dengan Kementerian Pertahanan Russia untuk mengelak "salah pengiraan, insiden dan peningkatan ketenteraan" di rantau itu sedang pencerobohan Russia ke atas Ukraine terus berlangsung.



Amerika dan sekutunya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) tidak mempunyai tentera di Ukraine namun bimbang akan sebarang insiden limpahan termasuk insiden ketenteraan dan bukan tentera di negara anggota Nato. - Agensi berita.



Laporan Lanjut Peperangan Russia-Ukraine: Akur sedia koridor bantu orang awam




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >